29 July, 2011

Manusia . . .

'Surely we belong to Allah and to Him shall we return'

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa. Siapakah kita untuk mempersoalan dan menuduh tentang tanggungjawab seseorang itu. Kesabaran selama ini mengajar aku menjadi lebih dewasa dalam mengharungi kehidupan ini. Lemparan tuduhan mengkeji dan menghina aku dah keluargaku biarlah Allah sahaja yg membuka pintu hati mereka. Sesungguhnya Engkau lah maha mengetahui.

Sebelom ini, kau tuduh aku tidak menjalankan tanggungjawabku. Aku hanya mampu berdoa kini semoga kau dapat perlaksanakan dgn baik tanggungjawab ko setelah pemergian Bapakau. Semoga kau jalankanlah tanguungjawab kau terhadap ibu dan adik2 kau.

Tak sangga pulak pemergian bapa kau, sebenarnya dikaitkan pula dengan keluargaku. Hebat sungguh Fitnah ini dengan menuduh keluargaku yang membomohkan bapak kau sampai menemui ajal. Bukankah jodoh dan ajal itu ditangan tuhan?? Bak kata Ibu kau, tepuk dada tanya iman...!!

Yang kelakarnya dimanakah engkau pada hari tersebut? Dimanakah Ibu kau dihari tersebut? Mana tanggungjawab kau pada hari tersebut? Siapalah aku untuk persoalankan semua ini? Mana datang nyer cerita-cerita mak aku pergi ke Banting, mencari bomoh .. membomohkan bapak kau sehingga menemui ajal. Istifar dan mengucap lah..


Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari... Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"




Roh di Bulan Ramadhan

Menurut satu hadith Rasulullah.. Menceritakan......

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka
akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka
lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa
hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.