04 August, 2011

3 Ramadhan (ToTToT)


Setahun yang lalu 3 Ramadhan tepat pukul 10.05 pagi seorang bayi comel telah dilahirkan.. Kau dibawa pergi dariku pada 18 November 2010. Alhamdulillah pada 27 July 2011. Aku dapat memelok dan menciummu. Sayangnya engkau hanya menangis sudah pasti engkau tidak mengenaliku.. Mungkin tidak pernah dgr khabar pun tentang diriku ini. Bebrapa kali percubaan aku untuk pergi menjenguk engkau tp malangnya aku dihalang dan dicaci. Alhamdulillah semua nie hasil kesabaran aku selama ini.Sungguh hebat dugaanNYa.


Sedih diri ini apabila anak sendiri menangis dipangkuan ayahnya. Sedih hati ini seakan-akan engkau tidak mengenaliku. Sedih hati ini melihat kau menangis. Sedih hati apabila kita dipisahkan lagi anakku...

Aku tidak cukup tabah untuk menerima maki hamun dan fitnah yg dilemparkan. Walaupun kita dipisahkan.. Ayah tahu engkau belom pernah mengenali erti dunia ini, malahan kini engkau telah pun menjadi mangsa, Jika suatu hari nanti engkau tidak dapat menerimaku sebagai ayahmu.. Ayah akan faham kehendak hatimu. Kupanjatkan doaku terhadapmu semoga kau menjadi insan yg mulia dan menghormati orang tua. Maafkan ayah kerana tiada pengorbanan yg mampu untuk ayah lakukan.. Semoga anakku membesar dgn penuh kasih sayang ...



02 August, 2011

Buka Puasa DiHari Pertama

Alhamdulillah sempurna juga hari pertama berpuasaku pada tahun ini. Seperti tahun² sebelom ini, tahun ini tidaklah berbeza mana pun. Berbuka Seorang diri sudah menjadi rutin pada diri ini pada hari bekerja. Hujung minggu barulah pulang kerumah orang tuaku untuk berbuka.
Menu berbuka:
  1. Kueh Karipap
  2. Sambal Bilis + Rendang ayam cicah Roti
  3. Air lemon Tea
  4. ++ Rokok 4 batang sampai sahur (Niat nak Berhenti seperti tahun² sebelomnya)

Tak sabar hati ini nak berbuka puasa dengan seseorang.. Yes you know who you are... :)




29 July, 2011

Manusia . . .

'Surely we belong to Allah and to Him shall we return'

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa. Siapakah kita untuk mempersoalan dan menuduh tentang tanggungjawab seseorang itu. Kesabaran selama ini mengajar aku menjadi lebih dewasa dalam mengharungi kehidupan ini. Lemparan tuduhan mengkeji dan menghina aku dah keluargaku biarlah Allah sahaja yg membuka pintu hati mereka. Sesungguhnya Engkau lah maha mengetahui.

Sebelom ini, kau tuduh aku tidak menjalankan tanggungjawabku. Aku hanya mampu berdoa kini semoga kau dapat perlaksanakan dgn baik tanggungjawab ko setelah pemergian Bapakau. Semoga kau jalankanlah tanguungjawab kau terhadap ibu dan adik2 kau.

Tak sangga pulak pemergian bapa kau, sebenarnya dikaitkan pula dengan keluargaku. Hebat sungguh Fitnah ini dengan menuduh keluargaku yang membomohkan bapak kau sampai menemui ajal. Bukankah jodoh dan ajal itu ditangan tuhan?? Bak kata Ibu kau, tepuk dada tanya iman...!!

Yang kelakarnya dimanakah engkau pada hari tersebut? Dimanakah Ibu kau dihari tersebut? Mana tanggungjawab kau pada hari tersebut? Siapalah aku untuk persoalankan semua ini? Mana datang nyer cerita-cerita mak aku pergi ke Banting, mencari bomoh .. membomohkan bapak kau sehingga menemui ajal. Istifar dan mengucap lah..


Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari... Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"




Roh di Bulan Ramadhan

Menurut satu hadith Rasulullah.. Menceritakan......

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka
akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka
lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa
hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.




11 June, 2011

Pintamu

Salahkah aku menyuruh KAU untuk menyedikan makanku,
Salahkah aku menyuruh KAU untuk menjaga kebersihan rumahku,
Salahkan aku meyuruh KAU untik menjaga pemakaianku,
Salahkan aku meyuruh KAU untuk belajar berdikari,
Salahkan aku kerana tidak mempunyai harta..

Teruskanlah hidup berpura-pura dicermin mata keluarga kau mungkin seorang malaikat,
Teruskanlah hidup dengan menyibarkan fitnah yang direka-reka sesungguhnya keluarga kau adalah keluarga yg beriman,
Teruskanlah hidup kau bersama-sama malaikat-malaikat kau disana,
Teruskanlah berpegang pada janji-janji palsumu,
Teruskanlah hidup menipu diri sendiri dengan hakikat kehidupan ini ....

Pasti akanku redha dengan ketentuanNya,
Pasti akanku muhasabah diri dan menerima segala tuduhan dan fitnah,
Pasti akanku dekatkan lagi diriku pada penciptaku,
Pasti akanku menemui cinta yg sejati kelak,
Pasti akanku jadikan diriku seseorang yg lebih baik,
Pasti akanku pulangkan KAU kembali pada keluargamu...

Ya Allah Tuhan yang Maha Pemurah Maha Pengasih dan Maha Pencipta..
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia..
Jika nyata bukan dia ditulang rusukku..
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mataku dan hatiku.... Amin


07 June, 2011

Disini Dajjal



Kali ini aku uploadkan pula satu video kajian selidikan yang lebih dikenali sebagai "The Arrival". Siri dokumentari pendek sebanyak 50 episod yang setiap satu episod nyer mengambil masa dlm 8-10 minit. Ini hanya intro... Siri Ke-25. Insyallah ada kelapangan akan ku paparkan semua sirinya dari mula. Renung-renungkan lah kawan-kawanku sekalian.





30 May, 2011

Kemaafan

Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”(HR Abu Daud)

Memaafkan boleh membuatkan seseorang itu lebih lega. Nasihat dari seorang sahabat bahawa jika perasaan marah itu telah lama dipendam dan ia pasti akan memakan diri sendiri. Untuk mengelakkannya terjadi, aku haruslah memaafkan demi untuk aku memulakan perjalanan hidupku yang baru. Aku berterima kasih terhadap sahabatku kerana bersikap positif terhadapku dan memberikan nasihat yg amat mendalam ertinya kepadaku. Kemarahan terhadap seseorang boleh menimbulkan emosi negatif dalam diri Sendiri dan merosakkan keseimbangan emosi bahkan kesehatan jasmani kita.

Nasihat ini masih bermain-main didalam mindaku ini. Ia bukan sahaja nasihat dari seorang sahabat malah ia merupakan kata-kata pembakar diri untuk aku. Aku perlu memaafkan seandainya aku memerlukan ketenangan jiwa agar aku dapat memulakan dan meneruskan kehidupanku. Aku tidak mahu hanyut dalam kebencian dan tenggelam dalam kedendaman, sehingga waktu aku tamat. Aku perlulah muasabah diri dan berusaha memaafkan sedaya upaya untuk menjauhi sifat2 mazmumah seperti berdendam dan sebagainya dan mengeratkan silaturrahim kerana ia juga merupakan tanda seseorang itu beriman dengan sebenar-benarnya...sama-samalah kita muhasabah..Menilai semula diri kita untuk perbaiki kepada yang lebih baik...Insyallah.


Terima Kasih wahai sahabat, semoga Allah membalas jasa baikmu..