30 May, 2011

Kemaafan

Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”(HR Abu Daud)

Memaafkan boleh membuatkan seseorang itu lebih lega. Nasihat dari seorang sahabat bahawa jika perasaan marah itu telah lama dipendam dan ia pasti akan memakan diri sendiri. Untuk mengelakkannya terjadi, aku haruslah memaafkan demi untuk aku memulakan perjalanan hidupku yang baru. Aku berterima kasih terhadap sahabatku kerana bersikap positif terhadapku dan memberikan nasihat yg amat mendalam ertinya kepadaku. Kemarahan terhadap seseorang boleh menimbulkan emosi negatif dalam diri Sendiri dan merosakkan keseimbangan emosi bahkan kesehatan jasmani kita.

Nasihat ini masih bermain-main didalam mindaku ini. Ia bukan sahaja nasihat dari seorang sahabat malah ia merupakan kata-kata pembakar diri untuk aku. Aku perlu memaafkan seandainya aku memerlukan ketenangan jiwa agar aku dapat memulakan dan meneruskan kehidupanku. Aku tidak mahu hanyut dalam kebencian dan tenggelam dalam kedendaman, sehingga waktu aku tamat. Aku perlulah muasabah diri dan berusaha memaafkan sedaya upaya untuk menjauhi sifat2 mazmumah seperti berdendam dan sebagainya dan mengeratkan silaturrahim kerana ia juga merupakan tanda seseorang itu beriman dengan sebenar-benarnya...sama-samalah kita muhasabah..Menilai semula diri kita untuk perbaiki kepada yang lebih baik...Insyallah.


Terima Kasih wahai sahabat, semoga Allah membalas jasa baikmu..



25 May, 2011

Sebuah Perasaan

Kemarahan adalah perasaan semulajadi setiap individu. Sifat marah adalah suatu sifat yang tetap ada pada diri seseorang, tinggal lagi hendaklah kena pada tempatnya, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu.Kemarahan yang tidak terkawal akan memudaratkan diri dan orang lain. Aku sendiri tengah memendam perasaan marah ini. Sampaikan aku sendiri rasa yang kadang-kadang ia boleh membentukkan peribadi yang tidak disenangi oleh orang lain. Perasaan marah yg masih belom dapat dilepaskan berbulan2 lamanya dan mungkin kini ada yang telah menegurku dgn sikap aku yg lebih dingin dari dulu. Ye aku cuba menyembunyikan sifat marah ini dan cuba sedaya upaya untuk mengawalnya. Kadang kala aku pulang kerumah orang tuaku, kesian terhadap ibu-bapaku kerana terpaksa mendengar kemarahan aku ini. Tp itu mungkin caraku untuk meluahkan dan melepaskan sifat marah ini. Aku takut aku akan terlepas marah kepada rakan-rakanku yang selama ini telah cukup memberikan motivasi terhadapku. Ini adalah sifat buruk dan aku tidak mahu memilikinya.

Aku tidak menyalahkan KAU kerana aku bersifat begini skarang, tp aku bersyukur kerana ia membantu serba sedikit membentuk personaliti diri yg lebih tabah dalam mengharungi kehidupan. Aku tidak memarahi keluarga KAU sebab tiada bezanya aku dengan KELUARGA KAU yang hanya tahu memaki hamun manusia. SUngguh Kesian aku melihatnya, Orang2 yang lebih tua tidak berfikiran rasional, tidak pula tampil untuk memberikan nasihat tapi hanyut dengan kemarahan memaki hamun ini. Aku tidak menyalahkan adik beradik KAU kerana yang berakal tidak akan mempersoalankan rumahtangga orang lain. Yang berilmu tidak akan mempersendakan Umrah dan Haji ibuku, dan yang bijak akan berfikir sebelum berkata-kata. Kesian aku melihatnya, masih belum berumahtangga, tidak pernah ada tanggungjawab pada suami tp boleh pula memaki hamun dan mencampuri urusan rumahtanggaku. Asam garam rumahtangga pun tak pernah alami. Kesian aku bertambah lagi kepada KAU apabila seoarang bapa sendiri yang tidak mampu menasihati anak dan menantunya. Dimanakah tanggungjawab bapa KAU itu sebagai seorang suami dan bapa? Kesian sungguh apabila keluarga didominasikan oleh perempuan2 yang tidak pernah kenal tanggungjawab kepada suami. Kesian sungguh melihat ayahmu itu. Allah telah menduganya dengan musibah, serangan strok seketika dahulu.. AKu hanya mampu berdoa agar kau dapat menjalankan tanggungjawab engkau sebelum nafas terakhir engkau. Tiada gunanya aku memaki hamun sperti KAU dan ahli keluarga KAU lakukan. Sekadar memaki hamun diriku ini masih boleh aku terima tetapi anak lelaki mana yang sanggup menahan IbuBapanya dimaki. Kemarahan aku terpendam di dalam diriku. Bukan aku tidak mampu untuk membalas balik malah lebih daripada sangkaan akalmu apa yang aku mampu aku lakukan. Biarlah aku menanggung kemarahan ini dan memesongkannya serta mengubahnya menjadi positif. Inysallah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka, mereka memaafkannya. (asy-Syuura: 37)

Rasulullah SAW bersabda: “Dari ‘Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud).”

PS - Bagi rakan2ku yang selama ini menjadi mangsa kemarahanku. Maafkan aku. Aku tidak bermaksud untuk menyakiti. Aku bersyukur engkau masih disisiku menemani perjalananku ini. Sungguh tabah hatimu... Semoga Tuhan membalas jasamu...




23 May, 2011

Kenapa . . .

Persoalannya kenapa..
  1. Kenapa ada antara segelintir manusia itu tidak pernah bersyukur dan puas dgn apa yang mereka ada?
  2. Kenapa ada antara segelintir manusia itu saling bermegah-megah dengan nikmat sementara ini?
  3. Kenapa ada antara segelintir manusia itu seringkali berkata-kata tetapi tidak bermaksudkan apa yang dilafazkan?
  4. Kenapa ada antara segelintir manusia itu suka mencemuh sesama sendiri?
  5. Kenapa ada antara segelintir manusia itu ada sifat dengki dan cemburu terhadap insan lain?
  6. Kenapa ada antara segelintir manusia itu lalai dalam melaksanakan tanggungjawabnya?
  7. Kenapa ada antara segelintir manusia itu mudah lupa dgn janji-janjinya dan tidak berpegang padanya?
Mungkin setiap persoalan itu tiada jawapan yang munasabah dan mungkin juga mereka ada jawapannya yang tersendiri. Sesungguhnya jagalah seketul daging didalam dirimu itu...



21 May, 2011

Kisah Alqamah

Terlintas untuk aku berkongsi sebuah kisah terhadap rakan2ku sekalian.
Pernahkan kita terbaca tentang kisah Alqamah? Kisah tentang seseorang yang sukar mengucap kalimah syahadah ketita sakaratulmaut? Kisah seseorang yg telah melebihkan layanan terhadap seorang isteri berbanding untuk ibunya....
Ibu Alqamah telah berkecil hati dengan sikap anaknya yang lebih melebihkan kepada isterinya. Pada mulanya si ibu enggan untuk memaafkan dosa anaknya itu. Ketika Sakaratulmaut dengan keadaan yang sungguh menyeksakan nyawa Alqamah yang sukar dihembuskan, Rasulullah SAW telah menyuruh sahabat2nya untuk mencari dan mengumpulkan kayu api untuk membakar Alqamah. Melihat keadaan itu sungguh tersentak naluri keibuannya lalu berkata si ibu tua itu "Wahai Rasululllah ... Dia anakku dan buah hatiku. Engkau hendak membakarnya dgn api, dan dihadapan mataku? Bagaimana dapat pula ditanggung oleh hatiku ini?"
Kemudian Rasulullah SAW memujuk si ibu tua itu.
"Apakah engkau suka Allah mengampuni dosanya? Jika benar suka, hendaklah engkau redha tentangnya. Demi jiwaku yang ada digenggamanNya, tidak berguna sembahyangnya, puasanya dan sedekahnya selagi engkau murka terhadapnya."

Lantas si ibu tua itu mengangkat tangan kelangit dan berkata, " Aku bersaksi kepadamu ya Allah, RasulNya dan setiap yg hadir pada hari ini, bahawa aku telah redha terhadap anakku Alqamah."

Sebaik sahaja si ibu tua mengampuni anaknya,barulah lidahnya dapat mengucapkan kalimah syahadah dan terus meninggal.

Renungkanlah wahai rakan-rakanku, kita semua pasti mempunyai ibu. Mahupun mereka masih hidup mahupun telah kembali ke Rahmatullah. Janganlah kita sebagai anak mencuaikan hak seorang Ibu. Tidak menghormati dan tidak memuliakannya. Rakanku sesunggunya syurga itu dibawah telapak kaki ibu. Setiap ibu sudah pasti mendoakan kejayaan anak2nya. Tapi pernahkah kita terfikir pengorbanan mereka terhadap kita? Sudahkah kita membalas jasa ibu kita? Lengkapkanlah diri, jatikanlah diri dan laksanakanlah tanggungjawabmu itu....

Ingatlah rakan2ku bahawa salah satu daripada empat ramalan yang dibawa selepas mati adalah DOA ANAK YANG SOLEH TERHADAP IBUBAPANYA.




16 May, 2011

OMG . . .

Siapa yang tidak mengetahui perkataan singkatan OMG. Rasa2nya setiap lapisan masyarakat mengetahuinya. Lagi2 anak2 muda melayu sekarang ini. Konon nyer cool laa kot menggunakan OMG atau juga dikenali dgn "Oh My God". Setiap kali aku mendengar ungkapan ini dari mulut rakan2, hatiku ingin sekali bertanya pada mereka "WHAT IS WRONG WITH YOUR GOD"? Ingin juga aku melihat reaksi mereka ini, apatah lagi pada mereka2 yang beragama islam. You tell me WHAT IS WRONG WITH YOUR GOD...

Maaf jika ada yang tidak suka dengan apa yg dibaca tadi. Tapi bukan niat menghina mana2 agama mahupun mempersendakan, tp yang menyedihkan ia sangat berleluasa penggunaan nyer dikalangan remaja-remaja muslim sendiri.

Bagi aku penggunaan perkataan ini tidak wajar, kerana ini adalah salah satu perkara yg bole memanupulasi diri kita sendiri. Tanyakan diri anda sendiri pernahkah anda mendengar ahli2 ilmuan islam mahupun mereka2 yang berilmu pengetahuan dalam islam mengungkapkan kata2 tersebut? Bukankan Islam itu indah. Kita sepatutnya mengucapkan "subhanallah", "Allahu'akbar" ataupun "Masya'Allah".. Dimanakah perginya kata2 ini dimulut seorang muslim remaja? Mereka seakan-akan hanyut dengan trend yang sebenarnya memanupulasikan identiti dan pegangang seseorang. Bukankah kata-kata juga sebagaian dari syirik mahupun perbuatan? Kata-kata demikian memang sengaja diterapkan dalam cerita2 Inggeris supaya mereka dapat memanupulasi pemikiran kita. Mungkin ada yg tidak setuju, tapi cubalah renungkan sejenak, adakah anda pernah mengetahui tentang secret society? Apakah rancangan2 mereka ini? Siapa dalang dalam merialisasikan impian mereka?

Bayangkan bila anda seorang muslim berkata OMG dan tetiba rakan anda seorang free thinker yg tidak mempercayai tuhan bertanya kembali kepada anda, WHAT IS WRONG WITH YOUR GOD... Bagaimanakah reaksi anda?? Ingatlah, Rasullullah S.A.W sentiasa menyelitkan nama2 memuji Allah dan ayat2 suci Al-Quran ketika berbicara...





15 May, 2011

Perilaku . . .

Setiap insan mempunyai perjalanan mereka yag tersendiri. Ada yg bersyukur dan redha dengan ketentuanNya. Malah ada juga yg cuba memperbaiki hidup mereka. Tepapi sebagai manusia kita tidak pernah lari dari sifat tamak yg mahu akan kelebihan dalam diri sendiri. Adakah sifat tamak ini merupakan bisikan setan, janji2 setan untuk menyesatkan manusia dan menjadi rakan karib mereka?

Sifat wasatiah bersederhana dalam kehidupan adalah sifat2 yang dituntun di dalam Islam. Tetapi tidak salah jika kita ada sifat untuk memanjukan diri sendiri dan bangsa mengikutt
ketentuan yang teah di tetapkan oleh Islam. Malangnya apa yang kini menghantui masyarakat melayu kini adalah sifat bersyukur. Ya bersyukur dengan apa yang ada. Sebagai contoh:

  • "Aku bersyukur, Tuhan dah beri rezeki macam nie."
Tanpa berusaha keras, sudah selesa dgn apa yg ada, maka alasan bersyukur seperti diatas digunakan.

  • "Ala tak per, tak der rezeki."
Tanpa berusaha keras, sudah mula mengaku kalah. Memang benar setiap benda yg hidup itu telah ditentukan rezeki masing2, tp tidak berertii setiap kali alasan demikian perlu diucapkan.

  • "Ala takper, lain kali ada."
Tidak ada sifat daya saing yang profesonal dan mudah mengambil kesimpulan bahawa peluang itu akan datang sekali lagi, tanpa merebut peluang yang datang sekali itu.

Sudah pasti anda semua mengetahui diri anda. Sifat muhasabah diri adalah dituntut dan jadilah seorang yg bersyukur dan dedikasi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Sebelom kita mengeluh kita ini buruk, fikirkan tentang seeorang yg berada pada keadaan yg terburuk di dalam hidupnya. Sebelom mengeluh tentang suami atau isteri kita, fikirkan tentang sesorang yg memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman.
Sebelom kita mengeluh tentang hidup, fikirkan tentang seseorang yg meninggal pada usia mudanya. Dan disaat kita memgeluh tentang kerja kita, fikirkan lah pada mereka yg mengganggur dah tidak mempunyai kerja tetap.

Setiap insan mempunyai jalan hidup mereka sendiri, bersyukulah kerana anda masih bernyawa dan mempnyai kudrat untuk membaiki diri anda bangsa dan agama.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

13 May, 2011

Naskah Untukmu Sayang...

Hari ini taggal 13 May bersamaan hari jumaat ada juga yg mengelarkannya Friday The 13th. Looking back at past 9 bulan yang lalu, seorang bayi comel dilahirkan anugerah tidak terhingga dariNya. Ya 13 Ogos 2010 bersamaan dengan hari jumaat juga (Friday the 13th). Ia merupakan saat2 paling bahagia diriku. Kehadiranmu kedunia disambut oleh tanganku. Aku bersyukur dgn kehadiranmu didalam keluargaku dan didalam hatiku. Engkau telah menceriakan hidupku. Alhamdulillah walaupun aku hanya sempat bersamamu selama sebulan setengah aku telah cuba memberikan yang terbaik untukmu. Aku telah membuat majlis akikah dan korban serta naik buai dan cukur jambul. Sungguh singkat masanya dan aku masih bersyukur dgn kehadiranmu.

Maafkan ayah kerana tiada disisimu bersama melihatmu merangkak, meniarap mahupun berjalan. Maafkan ayah kerana ketinggalan jauh dalam mengetahui proses pembesaranmu. Maafkan
ayah kerana tidak bersama dalam tangis dan tawamu. Maafkan ayah kerana tidak dapat memberikan kasih sayang ayah kepadamu. Maafkan ayah kerana tidak kesampaian untuk memberikan yang terbaik untukmu.

Ayah merindui saat2 kita bersama selama sebulan setengah. Setiap kali pulang dari kerja engkau akan tido didadaku. Saat2 manis yg cuma seketika dan pasti akanku simpan selamanya.

Anakku jadilah seorang insan yg berhikmah, menghormati akan orang tua dan dengarlah nasihat mamamu. Jadikanlah dirimu seorang yg teguh berpendirian dan mampu berdiri diatas kaki sendiri dan bersikap terbuka. Sesungguhnya tanggungjawab kami untuk melengkapkan dirimu untuk masa akan datang. Bukan mendidikmu mengikut zaman kami. Anakku seandainya engkau tidak kesempatan mengenaliku, percayalah doaku tidak pernah putus untuk kesejahteraanmu. Andai kata ayahmu sudah tiada,ayah memohon maaf membiarkanmu membesar tanpa mengenali diri ayahmu ini...

Anakku, peliharalah seketul daging didalam hatimu itu sebaik mungkin. Selaputinya dgn iman yang tegar. Itulah pelindung dirimu seandainya ayahmu tiada lagi. Anakku janganlah engkau bersedih, suruhlah hatimu bersabar... Setiap yang berlaku itu adalah kehendakNya.

Maafkan ayah... Walaupun kita dipisahkan, walaupun hati ini cukup merinduimu, Jadilah sebaik2 namamu itu Nur(Cahaya), Adriana (Nisbah/Adil), Batrisya (Cerdik).



















Maafkan ayah, anakku...
Salam penuh rindu dari ayahmu,