07 April, 2009

Place to Stay










This is located at the Medina Apartment, about 10minutes from the office. And from the city it took about 30 minutes drive. Love the weather there coz it's so windy although it is dry and hot. meaning is cold + hot!!!! Guess what we are not allowed to smoke in the room. the houses structure there are very cool, like the design very much. Those are the pictures in the apartment and surrounding look great ayte....

06 April, 2009

Kekeliruan

Kekeliruan.

Adakah saudara saudari peka bahawa perbualan Rasulluallah S.A.W dgn sahabat baginda, seringkali terdapat perkataan-perkataan yang diselit dgn kalimah memuji Allah?
Baru- baru ini aku didatangi oleh 2 orang pemuda dalam ujong 20-an. Mereka dikenalkan oleh sahabatku sendiri. Mungkin mereka adalah golongan pendakwah muda. Tapi aku sendiri tidak pasti. Aku telah meluangkan masa bersama mereka dalam 2 jam tuk memahami isi perjumpaan ini,maklum laa mereka ingin mengimbas sejarah yg kita hampir lupa tentang kegemilangan kerajaan Islam ketika suatu masa dahulu...

Sejam berlalu bercerita tentang sejarah Melayu Melaka dan sejarah hijrah Islam. Kini mereka memula perbualan dengan berlandaskan terjemah al-Quran. Setiap nas2 didalam al-Quran digunakan dlm soal perbincangan kita pada malam itu. Setiap soalan aku dijawab dgn nas2 al-Quran. Aku tidak menolak isi kandungan al-Quran dan itu adalah satu2 nya peninggalan untuk kita semua sebagai khalifah didunia akhir zaman ini. Tetapi ada beberapa perkara yg bermain didlm pemikiranku ini.
Soalan : Bolehkah kita meneruskan perbincangan mlm ini disambung esok?
Jawapan : Boleh
Soalan : Boleh kah aku membawa seorang rakan esok untuk sama2 kita meneruskan perbincangna ini. ( Didalam fikiranku utk membawa adik angkatku yg berusia 22tahun dah merupakan seorang tahfiz dan seorang imam.
Jawapan : Perbincangan ini akan menjadi huru hara jika lebih dari seorang.
Soalan : Bukankah jika diikut dari zaman Rasuluallah majlis syura adalah bagus untuk perbincangan, dan ini merupakan suatu majlis ilmu, maka tidak salah lah untuk kita meramaikan majlis ilmu yg dituntut.
Jawapan : Nanti suasana tidak dapat dikawal dan mereka tidak dpt menumpukan perhatian yg penuh terhadapku.
Soalan : Apakah untuk belajar itu kita perlukan seorg guru. Sebagai insan biasa yg tidak lari dari melakukan kesalahan, bukankah apa bila aku membaca terjemah al-Quran, aku perlukan bimbingan untuk lebih aku memahami erti terjemahan daripada mengandaikan ertinya?
Jawapan : Ada beza antara terjemah dan tafsif. Terjemah adalah direct translation, manakala tafsir adalah bunga2 jalan penceritaan untuk menerangkannya. Mengapa perlu membaca tafsir sedangkan tafsir itu org yg mentafsirkannya, baca sahaja terjemah untuk memahamkannya. Jika begitu tidak adil lah al-Quran diturunkan kerana ia untuk golongan tertentu sahaja.
(Maka mereka pun membuka nas2 didalam al-Quran)
Soalan : Sebelum kita meneruskan perbincangan kita mlm ini, sudah pasti lah saya ingin tahu dengan siapa yg saya berguru,maafkan saya jika saudara terasa, tetapi sebagai individu saya ada hak untuk mengetahui lebih lanjut.

Mulalah mereka menerangkan fasa2 perbincangan ini. Terdiri daripada 4 fasa.
  1. Al-Quran
  2. As- Sunnah
  3. Langkah seterusnya dari individu
  4. Objektif

Saya menjadi keliru kerana objektif diletakkan didalam fasa ke-4. Lalu terus bertanya kenapa objektif difasa ke-4 dan apakah objektif saya disini.
Sekarang mula lah sessi perbincangan yang lebih hangat. Fasa ke-4 adalah bersama tok guru!!!
Menurut mereka saya perlu mendalami Fasa ke-3 dan ke-4 supaya apa yg disampaikan oleh tk guru kelak mudah untuk saya terima. Saya terus bertanya siapakah tok guru yg dimaksudkan. Mereka terus berdalih dan tidak ingin untuk memberitahu saya dan menyuruh saya bersabar sehingga kefasa ke-4.
Bermacam2 persoalan saya tujukan kepada mereka dan mereka hanya menjawab menggunakan nas2 al-Quran seperti mereka memang sudah sedia dengan soalan-soalan ini.
Akhir sekali, mereka tidak ingin juga mendedahkan identiti guru mereka dan berdalih bahawa yg mengajar itu adalah Allah, dan kebijaksanaan itu adalah kurniaan Allah. Mulanya mereka memberitahu bahawa ada tok guru yg mengajar dan sekarang mereka meyakinkan saya bahawa tiada guru yang terlibat dan sesungguhnya Allah itu yg mengajar.

Saya tidak mahu meneruskan perbincangan itu bersama mereka dan meminta diri dengan tidak menyakitkan hati mereka. Wa'allahualam.... Sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah S.W.T dan yg buruk itu datangnya dari saya.... Jika niat mereka adalah murni untuk berdakwah maka Allah akan peliharalah mereka serta merestuinya dan seseungguhnya jika mereka ingin menyesatkan umat Nabi Muhammad nescaya Allah akan membalasnya.