24 November, 2010

London 2012 Olympic



Cuba perhatikan logo diatas... sekali pandang memang tidak dikesan apa yang tersirat. Jika diamati mungkin anda akan dapati imej yang sebenar adalah seperti dibawah selepas ia disusun semula.
Zion, atau kadangkala juga dieja sebagai Sion adalah bukit di mana kota Jerusalem berdiri. Sekarang ini, perkampungan Yahudi di Kota Lama Jerusalem berdiri di atas bukit Zion. Nama Zion biasanya merujuk ke kota Yerusalem dan tanah Israel. Sudah pasti ini dihubungkait rapat dengan Zionist. Sungguh licik mereka memanupulasikan imej. Sudah pasti ada antara mereka yang telah merancang ini terlebih dahulu dengan sunggu rapi.

Waallah 'ualam...

23 November, 2010

Godaan Syaitan

Malam itu selepas selesai solat Maghrib, Pak Ku berpesan kepada aku supaya menjaga wuduk supaya tidak terbatal. Pak Ku juga berpesan supaya aku berniat dalam hati untuk terus pergi ke masjid untuk menunaikan Isyak apabila tiba waktu.

Pak Ku membawa aku ke belakang sekolah itu, dia duduk di sebelah kanan aku dan pembantunya di sebelah kiri aku.

“Pak Ku nak tunjuk satu perkara kat hang. Tapi Pak Ku pesan, jangan langkah ke depan atau ke belakang. Tetap berdiri tegak, jangan bergerak-gerak. Banyakkan bertasbih dan jadikan hati tak sabar nak menunaikan Isyak pula selepas ini.” pesan Pak Ku.

Aku mengangguk tanda faham walaupun aku sebenarnya kurang faham tujuan Pak Ku. Kemudian Pak Ku membaca ayat-ayat suci al-Quran dan diakhiri ‘sodaqollah-hul-azim’.
Pak Ku kemudian melafazkan:

“Kamu juga makhluk Allah. Kami juga makhluk Allah, tapi kami khalifah yang beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan semua janji-janji-Nya. Aku berserah kepada Allah, Maha pencipta yang menciptakan ‘kamu’ dan kami. Perlihatkan anak Adam ini dengan dunia kamu, dengan kalimah La-ila-ha-illallah.” lafaz Pak Ku.

Selepas kata-kata itu dilafazkan, terlihat seperti ada tingkap. Semakin lama, semakin luas bukaannya. Aku lihat ada perempuan cantik menanggalkan pakaiannya satu persatu di depan mataku. Kemudian aku sayup-sayup terdengar suara Pak Ku berulang kali memesan ‘jangan melangkah walau setapak’. Terdengar suara Pak Ku begitu jauh sekali walaupun hakikatnya Pak Ku hanya duduk beberapa inci di sebelahku.

Aku lihat ada dunia di belakang wanita itu. Ramai juga dayang-dayangnya yang cantik-cantik. Ada juga ular jinak berlingkar-lingkar di kaki wanita yang sudah tidak berpakaian itu. Aku tetap berpegang kepada pesanan Pak Ku, jangan bergerak walau setapak.

Kemudian aku terdengar suara wanita itu seperti dia berbisik ke telingaku walaupun bibirnya sedikit pun tidak bergerak: “Kamu manusia yang menginginkanku, aku berikan segala yang kamu mahu, melangkahlah ke arah ku,” itu bisikan yang menyusup deras ke pangkal jiwa, sekadar yang aku masih ingat.

Perlahan-lahan, wajah wanita muda itu bertukar hodoh. Ular jinak tadi pula semakin ganas seperti mahu membaham aku.

Sayup-sayup, aku terdengar satu suara seperti memanggil-manggil jiwaku. Suara itu sebati dengan niatku sebelum itu. Tingkap itu terus tertutup sedikit-demi sedikit, sempat juga terlihat ‘anak-anak kecil’ berlari menyusup masuk ke tingkap yang sedang tertutup itu. Terasa belakangku ditepuk, aku dengar suara Pak Ku membisikkan dua kalimah syahadah di telingaku. Kemudian, aku terasa seperti terjaga daripada lena.

Pak Ku kemudian membaca sesuatu dan melontar beberapa ketul batu bersama pembantunya ke arah kawasan yang aku menghadap tadi.

“Jom kita pergi sembahyang Isyak,” itulah peringatan Pak Ku sebaik aku ‘terjaga’.

Selesai solat Isyak, Pak Ku menceritakan perkara sebenar kepada aku. Menceritakan mengenai perkara yang aku lihat sebentar tadi tetapi tidak faham.

“Pak Ku suruh hang jaga wuduk supaya hang tak disentuh makhluk tadi. Pak Ku suruh hang kuatkan azam untuk tunaikan solat Isyak supaya azan Isyak yang hang dengar tadi itu dapat panggil jiwa hang daripada terus terbuai dengan godaan syaitan. Niat untuk tidak mahu tinggalkan waktu Isyak itulah yang menguatkan jiwa hang.

“Jiwa hang terpanggil oleh azan tadi disebabkan hang niat nak solat dengan ikhlas. Syaitan tak mampu goda manusia kalau manusia tu ikhlas. Itu senjata kita” kata Pak Ku.

“Yang tadi tu syaitan?” aku tanya.

“Ya. Itu syaitan yang sangat benci manusia dan selalu mahu menyesatkan manusia. Dia (syaitan) berusaha untuk goda dengan cara tadi (menjelma wanita berbogel) sebab dia tahu isteri hang tak ada di rumah. Sebab dia tahu hang rindu isteri hang.

“Tapi mujur hang tak melangkah walau setapak. Sebab kalau hang melangkah walau setapak tidak kira ke depan atau ke belakang pada masa tu, hang akan melangkah masuk ke dunia ‘dia’. Kita manusia ni dilarang masuk ke dunia dia (syaitan). Yang hang tengok tadi cuma dari luar pintu. Hang tak masuk pun dalam dunia tu.,” kata Pak Ku.

“Tapi, kenapa Pak Ku buat macam tu. Saya tak mintak pun Pak Ku tunjuk semua tu kat saya,” aku menyoal.

“Pak Ku buat macam tu sebab Pak Ku nak bagi peluang hang tengok apa yang sebenarnya ada di belakang sekolah ni. Sebab Pak Ku yakin, hang takkan melangkah masuk. Atas sebab tu Pak Ku bagi peluang kat hang,” kata Pak Ku.

“Sebelum saya sedar tadi, ada ‘benda’ macam budak-budak kecil berlari masuk ke situ. Apa benda tu? Lepas tu, apa yang Pak Ku lontar batu?” aku tanya lagi.

“Itu juga syaitan, jin. Lontar batu tu sebagai tanda benci kepada syaitan, tapi tak sama macam melontar di Mekah. Lontar tu sebagai amaran supaya dia jangan ganggu anak Adam lagi. Makhluk-makhluk kafir tu lari masuk ke dunia dia selepas dengar azan Isyak. Pak Ku pilih waktu antara Maghrib dengan Isyak sebab waktunya pendek. Kalau Pak Ku ambil waktu antara Isyak dengan Subuh, itu nampaknya hang kena tahan godaan dalam tempoh yang lama. Lagi pula kalau wuduk terbatal antara waktu yang panjang tu, maka lagi senanglah dia nak goda.

Kesimpulannya setiap sesuatu yang difardhukan atau disunatkan, pastinya punya kelebihan dan kebaikan samaada kita tahu atau tidak. Jangan lagi meremehkan setiap amalan yang diajar didalam agama. Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai orang Islam, harapan saya jangan lagi ada sesiapa yang cuba meninggalkan agama mulia ini. Satu kerugian yang amat nyata. Dari kisah ini juga kita dihidangkan dengan satu keanihan yang lain. Satu kelebihan yang ada pada kaum muslimin semua tanpa kita sedari. Sebahagian besar dari kita menganggap remeh dan ambil mudah mengenainya. Iaitu WUDUK dan AZAN. Jika perkara sekecil ini mempunyai kehebatan yang menabjubkan, apa lagi perkara yang lebih besar dan gah.

Suara Dari Kubur


Dipetik dari islam itu Agamaku


Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesanan ini.
Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;.

1)Keluarga

2)Hartanya

3)Amalnya Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu ;
a)Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
b)Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad … Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
· Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
· Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
· Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan …. Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
· Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
· Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
· Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara "

Ketika Mayat Siap Dikafan … Suara Dari Langit Terdengar Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan
· Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
· Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
· Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
· Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika MayatDiusung. … Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Disholatkan … Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
· Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat ….terdengar Suara Memekik Dari Langit,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
· Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
· Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian… .
Allah Berkata Kepadanya, “Wahai Hamba-Ku …. Kini Kau Tinggal Seorang Diri· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat. Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.. Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri.. Padahal , Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku ...Hari Ini,
Akan Kutunjukan Kepadamu...
Kasih Sayang-Ku...
Yang Akan Takjub Seisi Alam...
Aku Akan Menyayangimu...
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya”.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman ,
"Wahai Jiwa Yang Tenang | Kembalilah Kepada Tuhanmu | Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya | Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-HambaKu | Dan Masuklah Ke Dalam Jannah -Ku"

Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda “wakafa bi almauti wa’idha”, ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!



Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin….

12 November, 2010

Kerja Kecil.. Jiwa Besar..

"Pergi ke masjid di sana dan belajarlah sesuatu daripada seorang lelaki." Begitulah pesanan pendek gurunya.

"Lelaki yang mana satu?" tanya si murid, untuk penjelasan.

"Kamu akan tahu nanti." jawab si guru.

Si murid pun pergi ke masjid yang dimaksudkan. Setelah solat dia melihat seorang lelaki sedang membaca al-Quran tanpa mempedulikannya.

Dia terpandang pula seorang lelaki berhampiran mihrab masjid, sedang menelaah beberapa buah kitab. Setelah memberi salam, dia menegur, "Tuan, tuan bolehkah tuan ajar saya sesuatu?"

"Maaf, saya sibuk ni. Kamu datang tidak kena pada masanya," jawab lelaki itu tanpa melihat pun kepadanya. Matanya terus asyik melihat kitab-kitab yang sedang dibacanya.

Si murid agak kecewa. Siapalah lelaki yang dimaksudkan oleh gurunya? Getus hatinya dalam kekecewaan.

Oleh kerana tiada orang lain di dalam masjid itu, maka ia bercadang untuk pulang. Ketika menyarung kasutnya, dia terpandang seorang lelaki yang agak tua, sedang membersihkan longkang masjid. Pakcik itu menegurnya dengan ramah dan mesra sekali.

"Dah berapa lama pakcik kerja di sini?" tanyannya sekadar memeriahkan perbualan.

Tidak ada apa-apa ilmu agama pun yang boleh dipelajari daripada lelaki yang kerjanya membersihkan longkang masjid ini, bisik hati kecilnya.

"Hampir 15 tahun." jawab pakcik itu.

"Seronok?"

"Seronok sekali nak," kata lelaki itu tersenyum.

Dilihatnya pakcik itu membersihkan longkang begitu teliti dan perinci sekali. Celah-celah longkang yang paling kecil dan sempit dicucinya dengan tekun yang amat.

"Pakcik, celah-celah rekahan longkang itu pun pakcik cuci? Hairan saya."

"Apa yang nak dihairankan?" tanya pakcik itu kembali.

"Bukannya ada org nampak pun benda yang kecil-kecil begitu.."

"Tapi Allah nampak nak," kata pakcik itu sambil tersenyum.

Murid tadi terdiam....

Rupa-rupanya lelaki tua yang mencuci longkang itulah yang dimaksudkan oleh gurunya!

Masha Allah...

Pengajaran: Kerja yang kecil sekalipun tetapi jika dibuat dengan hati yang besar akan mendapat nilaian yang tinggi daripada allah. Hati yang "besar" ialah hati yang mengharapkan keredhaan Allah, yakni ganjaran yang leih besar daripada nilaian manusia.

09 November, 2010

KaFaRa Bridgade



Terpaparnyer perkataan KaFaRa (Kafir) didahi adalah salah satu ciri² dajjal yang dapat dilihat oleh orang² yang beriman menurut hadits. Bagaimana pula dengan terang² militari ini yang dinamakan Brigade Kfir? Bagaimana sebutannya? Adakah ini secara kebetulan sahaja? Huraian Hadits bahwa pada dahi Dajjal terdapat tulisan kafir, ini hanyalah berarti bahwa kekafiran itu merupakan kenyataan yang senyata-nyatanya bagi dia.

Kata-kata Hadits itu sendiri sudah menerangkan; bahawa demikian itulah nyatanya. Pertamanya, Hadits menerangkan bahwa tiap-tiap mukmin dapat membaca tulisan itu; jadi bukan tiap-tiap orang dapat membaca tulisan itu. Lalu ditambahkan kata penjelasan tentang orang mukmin itu, yakni, "baik ia buta huruf atau mengerti tulis menulis." Artinya, tiap-tiap orang mukmin dapat memahami tulisan itu, baik ia mengerti tulis-menulis atau tidak.

Brigade Kfir, di bawah pimpinan Formasi Plada di Komando Pusat, adalah brigade terbesar di Angkatan Pertahanan Israel. Unit ini secara rasmi ditubuhkan pada bulan Februari 2005 keluar dari kumpulan batalion - Nachshon, Shimshon, Haruv, Duchifat, Lavi, dan Netzah Yehuda - menjadi satu brigade penuh. Brigade ini mengkhususkan diri dalam pertempuran anti-keganasan dan pejuang di kawasan bandar, tentera yang bersedia menjadi sukarelawan untuk berdiri di garis depan pertarungan ditentukan melawan keganasan. batalion tersebut adalah brigade dikerahkan di bandar-bandar Palestin yang terbentang dari Hebron di selatan ke Tulkarem di utara. Brigade ini berkongsi beban pertempuran dan juga melaksanakan misi mencabar, operasi kompleks menuntut para askar menunjukkan tahap keahlian, keteguhan, inisiatif, dan tekad setiap hari.


Waallahu'alam

04 November, 2010

Kisah Tamim Ad-Dariy bertemu dengan Dajjal

Dari hadis sahih riwayat Imam Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan:

“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.”

Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”

Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal."

"Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya."

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?”

Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”

Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu."

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya.

Mereka bertanya: “Siapakah anda?”

Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini."

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”

Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” (nama tempat di negeri Syam).

Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?”

Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.”

Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?”

Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.”

Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?”

Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.”

Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?”

Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan. Wallahu a’lam

Laman Web Paling Kotor

Pendedahkan laman-laman web yang dikategorikan sebagai kotor ataupun memberikan paling banyak ancaman. Terima kasih kepada Symantec melalui program Norton Safe Web dimana anda boleh menggunakan link dibawah untuk mengenal pasti sama ada laman-laman web yang anda kunjungi tidak memberikan kesan negative kepada komputer anda. Berikut adalah link yang dimaksudkan:

http://safeweb.norton.com/

Selain itu anda juga ingin mengetahui senarai laman-laman web yang dikategorikan sebagai ancaman kotor oleh Symantec. Kebanyakkan laman-laman web ini merupakan laman-laman web yang mempunyai kandungan dewasa iaitu lucah.
http://safeweb.norton.com/dirtysites

Contoh laman-laman web paling kotor:
• 17ebook.com
• aladel.net
• bpwhamburgorchardpark.org
• clicnews.com
• dfwdiesel.net
• divineenterprises.net
• fantasticfilms.ru
• gardensrestaurantandcatering.com
• ginedis.com
• gncr.org
• hdvideoforums.org
• hihanin.com
• kingfamilyphotoalbum.com
• likaraoke.com
• mactep.org
• magic4you.nu
• marbling.pe.kr
• nacjalneg.info
• pronline.ru
• purplehoodie.com
• qsng.cn
• seksburada.net
• sportsmansclub.net
• stock888.cn
• tathli.com
• teamclouds.com
• texaswhitetailfever.com
• wadefamilytree.org
• xnescat.info
• yt118.com

02 November, 2010

Iskandar bukan Alexander

Zulkarnain bermaksud Pemunya Dua Tanduk.Zulkarnain juga yang membina tembok untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj ....
"Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita tentangnya."
(AlKahfi ayat 83)

Ayat ini menceritakan tentang kedatangan rombongan Yahudi (atau Nasrani?) yang menanyakan tentang kisah Zulkarnain yang terdapat di dalam kitab Taurat/Injil.Sememangnya di dalam Taurat/Injil ada menceritakan tentang raja Kurosh/Cyrus yang mempunyai kerajaan yang hebat.

Iskandar Zulkarnain ini mempunyai empayar yang luas. "Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, "
(AlKahfi ayat 84)

Mengikut kajian ahli sejarah dan arkeologi,Iskandar Zulkarnain bukanlah Alexander dari Macedon tetapi lebih menepati sifat-sifat Cyrus The Great, Emperor Parsi yang menyatukan bangsa-bangsa Parsi Kuno. Cyrus The Greatlah yang dipercayai menganut agama Allah, seorang yang warak dan berpekerti mulia tidak seperti akhlak Alexander The Great yang diketahui berfoya-foya dengan arak dan menyimpan kekasih lelaki. Empayar Cyrus meliputi Timur dan Barat dari Eropah termasuk Mesopotamia,Parsi dan India dan membentang sejauh negeri China. Cyruslah yang dipercayai mula-mula membina tembok-tembok di negeri China. Sesungguhnya bukanlah Emperor Shih Huang Ti yang membina Tembok Besar sepenuhnya di mana catatan purba menjelaskan bahawa beliau hanya menambah,menyambung dan memperbaiki tembok-tembok purba yang terlebih dahulu wujud di negeri China.