31 March, 2011

Berkongsi Pengalaman

Disini aku ingin berkongsi sedikit tentang SYIRIK KHAFI. Pernah menjadi pengalaman aku dimana semasa ingin meneruskan perjalanan pulang, terdapat seorang hamba Allah menasihatkan untuk menunda perjalanan aku lewat sedikit. Seluruh ahli keluarga hamba Allah itu bertegas untuk aku mendengar nasihat hamba Allah itu. Disebabkan menghormati keluarga itu, aku pun endah tak endah mengikut sahaja apa yang disuruh sedangkan dalam hati aku Allah sahaja yg mengetahui.

Biasalah perkara² sebegini cukup terkenal dalam masyarakat melayu kita. Kalau benar seseorang itu ada anugerah dr Allah, nescaya dia akan gunakan ia untuk kejalan Allah. Malangnya tak silap aku, hamba Allah ini penah mengubati ahli keluargaku malah menjaja pula cerita2 khurafat tentang keluarga aku. Aku sebenarnya memang tidak mempercayai tetapi disebabkan rasa hormat pada ahli keluarga hamba Allah ini, aku hanya menuruti.
Hamba Allah ini juga pernah berbicara tentang IMAN, terhadap keluargaku, mungkin dgn niat untuk membetulkan Iman keluargaku kot. Tapi yang peliknya, bagaimana dia menyukat IMAN seseorang itu. Sungguh pelik lagi apabila ia sedang berbicara dgn ayahku seorang Bilal selaku Imam disebuah masjid. Dan ibuku seorang ketua mulimah masjid. Perkara begini tidak perlu lah di bahaskan kerana siaplah aku dan keluargaku untuk pula berbicara tentang IMAMmu wahai hamba Allah. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.

Aku sendiri tidak tahu sama ada hamba Allah ini seorang pengamal ilmu agama (wallahu’alam). Kenapa dia tidak dipanggil ustaz ker? Setahu aku, didalam masyarakat melayu kalo bukan ustaz sudah pasti hamba Allah ini dikenali sebagai bomoh atau seangkatannya. (wallahu’alam)

Yang tak bole tahan rumah yang aku kini diami sudah hamper 5 tahun, dicakapnya berhantu.. Lepas tue rumah mak aku yang hamper 15 tahun didiami pulak yang dicakapnya berhantu, tuk2 mak aku lak yg bela hantu… Siap tak bole blah bila hantu nie dia bole terangkan rupa bentuknya. Sungguh hebat anugerah kau wahai Hamba Allah. Mungkin niat engkau untuk menolong… tapi lihat2 laa sendiri keluarga engkau dulu.. siapa laa aku nak tegur peribadi keluarga engkau lak…

Ada lagi, kat area kampong ko cakap jiran-jiran dok menghantar benda² mistik. Fitnah ker apa aku pun tak tahu, smpi jiran yang Imam kat situ pun ko ckp amal benda² mistik dan menghantar barang, nie pulak tak leh blahhh bila bapak aku yang Imam ko lemparkan fitnah begini. Apa motif kau wahai hamba Allah, adakah untuk memecahkan umat. Sudah pasti engkau sedang gembira kerana ko sudah hamper berjaya.

Sekali lagi aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas jasa baik hamba Allah ini dan seangkatan. Terima kasih diatas perkara2 mistik yang berlaku terhadap diriku dan menghantui rumahku.. Teruskan niatmu kerana sesungguhnya Allah itu maha berkuasa.

SYIRIK KHAFI (syirik yang tersembunyi)
Sesuatu kepercayaan, perkataan atau perbuatan yang menggambarkan wujud kekuasaan atau sebagainya selain Allah Ta'ala.
SENARAI AMALAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI
1. Mempercayai sesuatu yang menjadi sebab baik atau buruk.
2. Menaruh perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu selain daripada Allah.
3. Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain daripada Allah.
4. Melakukan pemujaan
5. Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada Allah.
6. Mengatakan: "Kalau tidak kerana pertolongan Allah dan pertolongan si polan dan si polan, tentulah tidak akan berjaya.
7. Melakukan sesuatu ibadat atau daya usaha pengorbanan atau perjuangan bukan kerana perintah Allah semata-mata tetapi juga untuk kepentingan yang lain.

Puisi Renungan




Salah Satu petikan ringkas dari Puisi oleh Usman Awang yg sungguh mendalam maksudnya. Jika tidak silap aku tajuk puisi ini adalah Melayu nan layu? Sama-sama lah kita hayati sesunguhnya pada pendapat aku segelintir masyarakat melayu kita kini sememangnya sedemikian. Pemikiran masih kolot walupun sudah berpendidikan. Masih ada lagi yang hidup diarus pembangunan moden tetapi dibelenggu oleh idealistik karut dan khurafat. Marilah kita sama² renungkan..


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

-usman awang-

30 March, 2011

Terima Kasih

Atas jasa baikmu, inginku mengucapkan terima kasih diatas guna²,santau, benda² mistik yang menhantuiku selama ini. Walaupun berpendidikan dan mempunyai pegangan agama, tetapi, kelakuanmu hanya Allah hanya yang dapat membalasnya. Mungkin ini yg dinamakan didikan oleh keluarga. Didikan yang awal yang bermula dari rumah.... Semoga Allah menyayangimu dan membuka pintu taubatmu..

Aku hanya mampu berdoa.

28 March, 2011

Cerminkan Diri Sendiri

Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

“Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai sekarang ini sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.” H. R. Muslim

Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:

“Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri (‘ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM”.

“Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya”.

Ulasan Penulis - Kenapakah Manusia kalau sudah marah semua perkataan caci dan hina itu dilemparkan. Seakan-akan manusia yg melemparkan kata² demikian seperti seorang insan yg tidak pernah sama sekali melakukan kesilapan. Sungguh sempurna diri kau sehingga melemparkan kata-kata yg menghina dan mengutuk org lain. Cerminkan lah diri sendiri sebelum berkata-kata. "Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)"

Riyadhus Shalihin adalah nama salah satu kitab kumpulan hadits Nabi Muhammad SAW yang berarti taman orang-orang shalih. Kitab ini disusun oleh al-Imam al-Allamah Abu Zakaria Muhyuddin bin Syaraf an-Nawawi ad-Dimasyqi, atau lebih dikenal dengan sebutan Imam Nawawi.

Not Updated


Kian lama rasanyer aku sudah lama tidak mengupdate blog ini. Bukan nyer ketiadaan masa atau pun sebok. Cuma hanya perkara-perkara yg melanda hidup ini membuatkan aku tidak kesampaian untuk menulis. Kini aku kembali... Insyallah SesungguhNya dugaan yg Engkau sediakan terhadapku adalah yg terbaik kerana Engkaulah Maha Perancang dan sesungguhNya Engkaulah yg Maha Mengetahui.