24 November, 2010

London 2012 Olympic



Cuba perhatikan logo diatas... sekali pandang memang tidak dikesan apa yang tersirat. Jika diamati mungkin anda akan dapati imej yang sebenar adalah seperti dibawah selepas ia disusun semula.
Zion, atau kadangkala juga dieja sebagai Sion adalah bukit di mana kota Jerusalem berdiri. Sekarang ini, perkampungan Yahudi di Kota Lama Jerusalem berdiri di atas bukit Zion. Nama Zion biasanya merujuk ke kota Yerusalem dan tanah Israel. Sudah pasti ini dihubungkait rapat dengan Zionist. Sungguh licik mereka memanupulasikan imej. Sudah pasti ada antara mereka yang telah merancang ini terlebih dahulu dengan sunggu rapi.

Waallah 'ualam...

23 November, 2010

Godaan Syaitan

Malam itu selepas selesai solat Maghrib, Pak Ku berpesan kepada aku supaya menjaga wuduk supaya tidak terbatal. Pak Ku juga berpesan supaya aku berniat dalam hati untuk terus pergi ke masjid untuk menunaikan Isyak apabila tiba waktu.

Pak Ku membawa aku ke belakang sekolah itu, dia duduk di sebelah kanan aku dan pembantunya di sebelah kiri aku.

“Pak Ku nak tunjuk satu perkara kat hang. Tapi Pak Ku pesan, jangan langkah ke depan atau ke belakang. Tetap berdiri tegak, jangan bergerak-gerak. Banyakkan bertasbih dan jadikan hati tak sabar nak menunaikan Isyak pula selepas ini.” pesan Pak Ku.

Aku mengangguk tanda faham walaupun aku sebenarnya kurang faham tujuan Pak Ku. Kemudian Pak Ku membaca ayat-ayat suci al-Quran dan diakhiri ‘sodaqollah-hul-azim’.
Pak Ku kemudian melafazkan:

“Kamu juga makhluk Allah. Kami juga makhluk Allah, tapi kami khalifah yang beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan semua janji-janji-Nya. Aku berserah kepada Allah, Maha pencipta yang menciptakan ‘kamu’ dan kami. Perlihatkan anak Adam ini dengan dunia kamu, dengan kalimah La-ila-ha-illallah.” lafaz Pak Ku.

Selepas kata-kata itu dilafazkan, terlihat seperti ada tingkap. Semakin lama, semakin luas bukaannya. Aku lihat ada perempuan cantik menanggalkan pakaiannya satu persatu di depan mataku. Kemudian aku sayup-sayup terdengar suara Pak Ku berulang kali memesan ‘jangan melangkah walau setapak’. Terdengar suara Pak Ku begitu jauh sekali walaupun hakikatnya Pak Ku hanya duduk beberapa inci di sebelahku.

Aku lihat ada dunia di belakang wanita itu. Ramai juga dayang-dayangnya yang cantik-cantik. Ada juga ular jinak berlingkar-lingkar di kaki wanita yang sudah tidak berpakaian itu. Aku tetap berpegang kepada pesanan Pak Ku, jangan bergerak walau setapak.

Kemudian aku terdengar suara wanita itu seperti dia berbisik ke telingaku walaupun bibirnya sedikit pun tidak bergerak: “Kamu manusia yang menginginkanku, aku berikan segala yang kamu mahu, melangkahlah ke arah ku,” itu bisikan yang menyusup deras ke pangkal jiwa, sekadar yang aku masih ingat.

Perlahan-lahan, wajah wanita muda itu bertukar hodoh. Ular jinak tadi pula semakin ganas seperti mahu membaham aku.

Sayup-sayup, aku terdengar satu suara seperti memanggil-manggil jiwaku. Suara itu sebati dengan niatku sebelum itu. Tingkap itu terus tertutup sedikit-demi sedikit, sempat juga terlihat ‘anak-anak kecil’ berlari menyusup masuk ke tingkap yang sedang tertutup itu. Terasa belakangku ditepuk, aku dengar suara Pak Ku membisikkan dua kalimah syahadah di telingaku. Kemudian, aku terasa seperti terjaga daripada lena.

Pak Ku kemudian membaca sesuatu dan melontar beberapa ketul batu bersama pembantunya ke arah kawasan yang aku menghadap tadi.

“Jom kita pergi sembahyang Isyak,” itulah peringatan Pak Ku sebaik aku ‘terjaga’.

Selesai solat Isyak, Pak Ku menceritakan perkara sebenar kepada aku. Menceritakan mengenai perkara yang aku lihat sebentar tadi tetapi tidak faham.

“Pak Ku suruh hang jaga wuduk supaya hang tak disentuh makhluk tadi. Pak Ku suruh hang kuatkan azam untuk tunaikan solat Isyak supaya azan Isyak yang hang dengar tadi itu dapat panggil jiwa hang daripada terus terbuai dengan godaan syaitan. Niat untuk tidak mahu tinggalkan waktu Isyak itulah yang menguatkan jiwa hang.

“Jiwa hang terpanggil oleh azan tadi disebabkan hang niat nak solat dengan ikhlas. Syaitan tak mampu goda manusia kalau manusia tu ikhlas. Itu senjata kita” kata Pak Ku.

“Yang tadi tu syaitan?” aku tanya.

“Ya. Itu syaitan yang sangat benci manusia dan selalu mahu menyesatkan manusia. Dia (syaitan) berusaha untuk goda dengan cara tadi (menjelma wanita berbogel) sebab dia tahu isteri hang tak ada di rumah. Sebab dia tahu hang rindu isteri hang.

“Tapi mujur hang tak melangkah walau setapak. Sebab kalau hang melangkah walau setapak tidak kira ke depan atau ke belakang pada masa tu, hang akan melangkah masuk ke dunia ‘dia’. Kita manusia ni dilarang masuk ke dunia dia (syaitan). Yang hang tengok tadi cuma dari luar pintu. Hang tak masuk pun dalam dunia tu.,” kata Pak Ku.

“Tapi, kenapa Pak Ku buat macam tu. Saya tak mintak pun Pak Ku tunjuk semua tu kat saya,” aku menyoal.

“Pak Ku buat macam tu sebab Pak Ku nak bagi peluang hang tengok apa yang sebenarnya ada di belakang sekolah ni. Sebab Pak Ku yakin, hang takkan melangkah masuk. Atas sebab tu Pak Ku bagi peluang kat hang,” kata Pak Ku.

“Sebelum saya sedar tadi, ada ‘benda’ macam budak-budak kecil berlari masuk ke situ. Apa benda tu? Lepas tu, apa yang Pak Ku lontar batu?” aku tanya lagi.

“Itu juga syaitan, jin. Lontar batu tu sebagai tanda benci kepada syaitan, tapi tak sama macam melontar di Mekah. Lontar tu sebagai amaran supaya dia jangan ganggu anak Adam lagi. Makhluk-makhluk kafir tu lari masuk ke dunia dia selepas dengar azan Isyak. Pak Ku pilih waktu antara Maghrib dengan Isyak sebab waktunya pendek. Kalau Pak Ku ambil waktu antara Isyak dengan Subuh, itu nampaknya hang kena tahan godaan dalam tempoh yang lama. Lagi pula kalau wuduk terbatal antara waktu yang panjang tu, maka lagi senanglah dia nak goda.

Kesimpulannya setiap sesuatu yang difardhukan atau disunatkan, pastinya punya kelebihan dan kebaikan samaada kita tahu atau tidak. Jangan lagi meremehkan setiap amalan yang diajar didalam agama. Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai orang Islam, harapan saya jangan lagi ada sesiapa yang cuba meninggalkan agama mulia ini. Satu kerugian yang amat nyata. Dari kisah ini juga kita dihidangkan dengan satu keanihan yang lain. Satu kelebihan yang ada pada kaum muslimin semua tanpa kita sedari. Sebahagian besar dari kita menganggap remeh dan ambil mudah mengenainya. Iaitu WUDUK dan AZAN. Jika perkara sekecil ini mempunyai kehebatan yang menabjubkan, apa lagi perkara yang lebih besar dan gah.

Suara Dari Kubur


Dipetik dari islam itu Agamaku


Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesanan ini.
Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;.

1)Keluarga

2)Hartanya

3)Amalnya Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu ;
a)Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
b)Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad … Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
· Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
· Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
· Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan …. Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
· Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
· Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
· Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara "

Ketika Mayat Siap Dikafan … Suara Dari Langit Terdengar Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan
· Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
· Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
· Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
· Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika MayatDiusung. … Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Disholatkan … Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
· Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat ….terdengar Suara Memekik Dari Langit,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
· Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
· Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian… .
Allah Berkata Kepadanya, “Wahai Hamba-Ku …. Kini Kau Tinggal Seorang Diri· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat. Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.. Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri.. Padahal , Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku ...Hari Ini,
Akan Kutunjukan Kepadamu...
Kasih Sayang-Ku...
Yang Akan Takjub Seisi Alam...
Aku Akan Menyayangimu...
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya”.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman ,
"Wahai Jiwa Yang Tenang | Kembalilah Kepada Tuhanmu | Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya | Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-HambaKu | Dan Masuklah Ke Dalam Jannah -Ku"

Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda “wakafa bi almauti wa’idha”, ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!



Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin….

12 November, 2010

Kerja Kecil.. Jiwa Besar..

"Pergi ke masjid di sana dan belajarlah sesuatu daripada seorang lelaki." Begitulah pesanan pendek gurunya.

"Lelaki yang mana satu?" tanya si murid, untuk penjelasan.

"Kamu akan tahu nanti." jawab si guru.

Si murid pun pergi ke masjid yang dimaksudkan. Setelah solat dia melihat seorang lelaki sedang membaca al-Quran tanpa mempedulikannya.

Dia terpandang pula seorang lelaki berhampiran mihrab masjid, sedang menelaah beberapa buah kitab. Setelah memberi salam, dia menegur, "Tuan, tuan bolehkah tuan ajar saya sesuatu?"

"Maaf, saya sibuk ni. Kamu datang tidak kena pada masanya," jawab lelaki itu tanpa melihat pun kepadanya. Matanya terus asyik melihat kitab-kitab yang sedang dibacanya.

Si murid agak kecewa. Siapalah lelaki yang dimaksudkan oleh gurunya? Getus hatinya dalam kekecewaan.

Oleh kerana tiada orang lain di dalam masjid itu, maka ia bercadang untuk pulang. Ketika menyarung kasutnya, dia terpandang seorang lelaki yang agak tua, sedang membersihkan longkang masjid. Pakcik itu menegurnya dengan ramah dan mesra sekali.

"Dah berapa lama pakcik kerja di sini?" tanyannya sekadar memeriahkan perbualan.

Tidak ada apa-apa ilmu agama pun yang boleh dipelajari daripada lelaki yang kerjanya membersihkan longkang masjid ini, bisik hati kecilnya.

"Hampir 15 tahun." jawab pakcik itu.

"Seronok?"

"Seronok sekali nak," kata lelaki itu tersenyum.

Dilihatnya pakcik itu membersihkan longkang begitu teliti dan perinci sekali. Celah-celah longkang yang paling kecil dan sempit dicucinya dengan tekun yang amat.

"Pakcik, celah-celah rekahan longkang itu pun pakcik cuci? Hairan saya."

"Apa yang nak dihairankan?" tanya pakcik itu kembali.

"Bukannya ada org nampak pun benda yang kecil-kecil begitu.."

"Tapi Allah nampak nak," kata pakcik itu sambil tersenyum.

Murid tadi terdiam....

Rupa-rupanya lelaki tua yang mencuci longkang itulah yang dimaksudkan oleh gurunya!

Masha Allah...

Pengajaran: Kerja yang kecil sekalipun tetapi jika dibuat dengan hati yang besar akan mendapat nilaian yang tinggi daripada allah. Hati yang "besar" ialah hati yang mengharapkan keredhaan Allah, yakni ganjaran yang leih besar daripada nilaian manusia.

09 November, 2010

KaFaRa Bridgade



Terpaparnyer perkataan KaFaRa (Kafir) didahi adalah salah satu ciri² dajjal yang dapat dilihat oleh orang² yang beriman menurut hadits. Bagaimana pula dengan terang² militari ini yang dinamakan Brigade Kfir? Bagaimana sebutannya? Adakah ini secara kebetulan sahaja? Huraian Hadits bahwa pada dahi Dajjal terdapat tulisan kafir, ini hanyalah berarti bahwa kekafiran itu merupakan kenyataan yang senyata-nyatanya bagi dia.

Kata-kata Hadits itu sendiri sudah menerangkan; bahawa demikian itulah nyatanya. Pertamanya, Hadits menerangkan bahwa tiap-tiap mukmin dapat membaca tulisan itu; jadi bukan tiap-tiap orang dapat membaca tulisan itu. Lalu ditambahkan kata penjelasan tentang orang mukmin itu, yakni, "baik ia buta huruf atau mengerti tulis menulis." Artinya, tiap-tiap orang mukmin dapat memahami tulisan itu, baik ia mengerti tulis-menulis atau tidak.

Brigade Kfir, di bawah pimpinan Formasi Plada di Komando Pusat, adalah brigade terbesar di Angkatan Pertahanan Israel. Unit ini secara rasmi ditubuhkan pada bulan Februari 2005 keluar dari kumpulan batalion - Nachshon, Shimshon, Haruv, Duchifat, Lavi, dan Netzah Yehuda - menjadi satu brigade penuh. Brigade ini mengkhususkan diri dalam pertempuran anti-keganasan dan pejuang di kawasan bandar, tentera yang bersedia menjadi sukarelawan untuk berdiri di garis depan pertarungan ditentukan melawan keganasan. batalion tersebut adalah brigade dikerahkan di bandar-bandar Palestin yang terbentang dari Hebron di selatan ke Tulkarem di utara. Brigade ini berkongsi beban pertempuran dan juga melaksanakan misi mencabar, operasi kompleks menuntut para askar menunjukkan tahap keahlian, keteguhan, inisiatif, dan tekad setiap hari.


Waallahu'alam

04 November, 2010

Kisah Tamim Ad-Dariy bertemu dengan Dajjal

Dari hadis sahih riwayat Imam Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan:

“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.”

Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”

Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal."

"Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya."

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?”

Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”

Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu."

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya.

Mereka bertanya: “Siapakah anda?”

Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini."

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”

Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” (nama tempat di negeri Syam).

Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?”

Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.”

Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?”

Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.”

Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?”

Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.”

Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?”

Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan. Wallahu a’lam

Laman Web Paling Kotor

Pendedahkan laman-laman web yang dikategorikan sebagai kotor ataupun memberikan paling banyak ancaman. Terima kasih kepada Symantec melalui program Norton Safe Web dimana anda boleh menggunakan link dibawah untuk mengenal pasti sama ada laman-laman web yang anda kunjungi tidak memberikan kesan negative kepada komputer anda. Berikut adalah link yang dimaksudkan:

http://safeweb.norton.com/

Selain itu anda juga ingin mengetahui senarai laman-laman web yang dikategorikan sebagai ancaman kotor oleh Symantec. Kebanyakkan laman-laman web ini merupakan laman-laman web yang mempunyai kandungan dewasa iaitu lucah.
http://safeweb.norton.com/dirtysites

Contoh laman-laman web paling kotor:
• 17ebook.com
• aladel.net
• bpwhamburgorchardpark.org
• clicnews.com
• dfwdiesel.net
• divineenterprises.net
• fantasticfilms.ru
• gardensrestaurantandcatering.com
• ginedis.com
• gncr.org
• hdvideoforums.org
• hihanin.com
• kingfamilyphotoalbum.com
• likaraoke.com
• mactep.org
• magic4you.nu
• marbling.pe.kr
• nacjalneg.info
• pronline.ru
• purplehoodie.com
• qsng.cn
• seksburada.net
• sportsmansclub.net
• stock888.cn
• tathli.com
• teamclouds.com
• texaswhitetailfever.com
• wadefamilytree.org
• xnescat.info
• yt118.com

02 November, 2010

Iskandar bukan Alexander

Zulkarnain bermaksud Pemunya Dua Tanduk.Zulkarnain juga yang membina tembok untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj ....
"Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita tentangnya."
(AlKahfi ayat 83)

Ayat ini menceritakan tentang kedatangan rombongan Yahudi (atau Nasrani?) yang menanyakan tentang kisah Zulkarnain yang terdapat di dalam kitab Taurat/Injil.Sememangnya di dalam Taurat/Injil ada menceritakan tentang raja Kurosh/Cyrus yang mempunyai kerajaan yang hebat.

Iskandar Zulkarnain ini mempunyai empayar yang luas. "Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, "
(AlKahfi ayat 84)

Mengikut kajian ahli sejarah dan arkeologi,Iskandar Zulkarnain bukanlah Alexander dari Macedon tetapi lebih menepati sifat-sifat Cyrus The Great, Emperor Parsi yang menyatukan bangsa-bangsa Parsi Kuno. Cyrus The Greatlah yang dipercayai menganut agama Allah, seorang yang warak dan berpekerti mulia tidak seperti akhlak Alexander The Great yang diketahui berfoya-foya dengan arak dan menyimpan kekasih lelaki. Empayar Cyrus meliputi Timur dan Barat dari Eropah termasuk Mesopotamia,Parsi dan India dan membentang sejauh negeri China. Cyruslah yang dipercayai mula-mula membina tembok-tembok di negeri China. Sesungguhnya bukanlah Emperor Shih Huang Ti yang membina Tembok Besar sepenuhnya di mana catatan purba menjelaskan bahawa beliau hanya menambah,menyambung dan memperbaiki tembok-tembok purba yang terlebih dahulu wujud di negeri China.

28 October, 2010

Kehidupan dan Rezeki

Pernah kah kita terfikir bahawa skarang perjalanan hidup kita seperti satu pola. Kita dilahirkan sebagai khalifah di Bumi ini. Kita melalui zaman kanak-kanak dan meningkat remaja. Kemudia dialam dewasa kita mendirikan rumah tangga. Akhirnya kita terus makan diusia, menantikan usia tua kita. Sememangnyer ini satu pola kehidupan, sudah pasti org yg sebelom kita (org tua-tua) turut merasai apa yang akan kita alami. Adakah kita sempat untuk merenung sejenak kehidupan kita dulu dan bandingkan dgn usaha yg telah kita lakukan skarang. Bukan sahaja usaha untuk memajukan diri rohani dan fizikal, mahupun mengecap kekayaan dunia... Tetapi bagaimana pula dgn akhirat?

Sesungguhpun masih belom terlambat bagi sesiapa pun kerana Allah itu Maha mendengar dan pengampun. Mintalah dariNya, dan jgn lah jelik atau jemu meminta dariNya. Sudah pasti Allah itu Mengetahui. Sesuatu yang telah dijamin oleh Allah kepada seorang hamba adalah rezeki. Sesuatu yang dimintakan pertanggungjawaban oleh Allah adalah rezeki juga. Pertanggunganjawaban itu, tidak lain ialah menempatkan harta yang telah dianugerahkan Allah kepada para hamba ialah dengan menjadikan harta berfungsi ibadah.

Sesungguhnya Allah yang memberikan rezeki seluruh makhluk-Nya, baik yang kecil maupun yang besar termasuk manusia didalamnya. Tidak ada satu pun makhluk yang terlewat dari mendapatkan rezeki dari-Nya dan semua itu tidak akan pernah mengurangi kekayaan-Nya sedikit pun, sebagaimana firman-Nya :

وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي الأَرْضِ إِلاَّ عَلَى اللّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ


Artinya : “Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya dan dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).” (QS. Huud : 6)

21 October, 2010

Sekadar Berpesan Sesama Umat

Seseorang isteri, tidak dinafikan mempunyai tanggungjawab terhadap kedua ibubapa. Melakukan tanggungjawab terhadap kedua ibubapa merupakan tuntutan yang telah ditetapkan oleh syarak.


Firman Allah;

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Maksudnya;
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”

(Surah Al-Isra’ : 23)

Pun begitu, setelah ijab dan kabul antara dua lelaki dan perempuan, maka sah antara kedua-dua itu sebagai suami isteri. Apabila seseorang perempuan sudah menjadi isteri, maka ketika itu, ketaatan terhadap suaminya perlu didahulukan berbanding terhadap ibubapanya.

DALIL-DALILNYA;

Pertama: Al-Quran

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ

Maksudnya;
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka”

(Surah An-Nisa’ : 34)

Kedua : hadis yang riwayatkan oleh Al-Bukhari;

لَا يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلَّا بِإِذْنِهِ وَلَا تَأْذَنَ فِي بَيْتِهِ إِلَّا بِإِذْنِهِ

Maksudnya;
“Tidak halal bagi seseorang perempuan itu berpuasa dalam keadaan suaminya tidak ke mana-mana, melainkan dengan izinnya. Tidak boleh seseorang perempuan mengizinkan orang masuk ke dalam rumahnya, melainkan mendapat keizinan dari suaminya[1]”

ISTIDLAL:

Dari kedua-dua dalil yang dikemukakan, menunjukkan kepada kita bahawa dalam perkara yang melibatkan kepada syahwat suami pun, isteri perlu memberikan ketaatan, maka terlebih utama isteri memberi ketaatan selain dari perkara yang melibatkan syahwat.

Justeru, ketaatan terhadap suami melebihi dari ketaatannya terhadap ibubapanya sendiri. Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Imam ahmad dalam kitab Syarh Muntaha Al-Iradah[2].

Ini dikuatkan lagi dengan satu hadis yang telah meriwayatkannya oleh Al-Hakem, lalu disahehkannya. Begitujuga, riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang hasan bahawa Aisyah R.Ha bertanya kepada Rasulullah SAW;

أي الناس أعظم حقا على المرأة قال زوجها قلت فأي الناس أعظم حقا على الرجل قال أمه

Maksudnya;
“Manusia yang manakah yang besar haknya atas perempuan?”. Menjawab Nabi SAW; “suaminya”. Berkata Aisyah; “manusia yang manakah yang besar haknya terhadap lelaki?” menjawab Nabi SAW; “ibunya[3]”

Malah, seseorang perempuan yang mentaati suaminya menyebabkan dia mendapat ruang yang cukup untuk masuk ke syurga Allah SWT.

Sabda Nabi SAW;

إذا صلت المرأة خمسها و صامت شهرها و حصنت فرجها و أطاعت زوجها قيل لها : ادخلي الجنة من أي أبواب الجنة شئت

Maksudnya;
“Apabila seseorang perempuan itu solat lima waktu, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya, maka katakanlah kepadanya, masuklah kamu ke dalam syurga daripada mana-mana pintu yang kamu mahu[4]”

HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Adalah baik jika isteri tersebut bersekali dalam melakukan ketaatan terhadap suami dan ibubapanya. Jika cara ini diambil, sudah pasti ia tidak melahirkan sebarang kemusykilan dan masalah.

Tidak dinafikan, antara tuntutan Allah SWT terhadap suami dan isteri adalah melakukan kebaikan dan hubungan silaturahim dengan keluarga dan mertua masing-masing. Pun begitu, melakukan kebaikan terhadap ibubapa dan mertua, tidak semestinya dengan menziarahi mereka, malah sudah dikatakan melakukan kebaikan dan mengadakan hubungan silaturahim kepada mereka dengan berhubung menerusi telefon, berutusan surat, e-mail dan sebagainya.

Adapun sekiranya berlaku masalah dalam hubungan kekeluargaan, seperti dengan campur tangan mertua dan ibu bapa akan melahirkan masalah pada keselamatan dan keamanan rumah tangga, maka ketika itu, si isteri hendaklah mentaati perintah suaminya. Apabila suami melarang dari menziarahi keluarganya, maka hendaklah perintah suami itu dipatuhi. Melanggari perintah suami, maka si isteri tersebut sudah boleh dikira sebagai perempuan yang derhaka.

ISYKAL

PERTAMA:

Apakah dikira sebagai dosa, jika tidak menziarahi ibu bapa disebabkan tidak mendapat keizinan dari suami?

JAWAPAN:

Tidak dikira sebagai dosa jika tidak menziarahi ibu bapa disebabkan tidak mendapat keizinan dari suami. Perkara ini disandarkan kepada satu hadis dengan sanad yang agak lemah, iaitu hadis berikut;

كان رجل قد خرج إلى سفر وعهد إلى امرأته أن لا تنزل من العلو إلى السفل وكان أبوها في الأسفل فمرض فأرسلت المرأة إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم تستأذن في النزول إلى أبيها ، فقال صلى الله عليه وسلم " أطيعي زوجك " فمات فاستأمرته فقال " أطيعي زوجك " فدفن أبوها فأرسل رسول الله صلى الله عليه وسلم إليها يخبرها أن الله قد غفر لأبيها بطاعتها لزوجها

Maksudnya;
“seorang lelaki yang keluar bermusafir. Dia telah berpesan kepada isterinya bahawa jangan turun dari tingkat atas kepada tingkat bawah. Bapa isterinya itu tinggal di tingkat bawah. Bapanya ditimpa sakit. Isterinya itu telah mengutuskan seorang perempuan kepada Rasulullah SAW agar memberi keizinan kepadanya turun untuk menziarahi bapanya yang sedang sakit. Nabi SAW bersabda; ”taatilah suami kamu”. Kemudiannya, bapanya meninggal dunia, lalu dia mengutuskan lagi kepada Rasulullah. Nabi SAW bersabda : ”taatilah suami kamu”. Jenazah bapanya dikebumikan. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan seseorang kepada si isteri untuk diberitakan bahawa Allah telah mengampunkan dosa bapanya disebabkan ketaatannya terhadap suaminya[5]”

KEDUA:

Jika suami tidak membenarkan juga menziarahi ibu bapa, sedangkan ibu bapa tidak pernah pun menjadi punca berlaku masalah rumah tangga. Apakah boleh si isteri pergi ziarah juga, tanpa mendapat keizinan dari suami?

JAWAPAN;

Sepertimana yang telah dimaklumkan di atas, ketaatan terhadap suami perlu didahulukan berbanding ketaatan terhadap ibu bapa. Justeru, apabila seseorang isteri telah menziarahi ibubapanya tanpa keizinan suami, tindakan tersebut boleh mengakibatkan isteri tersebut diisytihar sebagai isteri yang derhaka.

Isteri yang derhaka, susah untuk masuk ke syurga, kerana Nabi SAW ada bersabda;

أَيُّمَا امْرَأَةٍ مَاتَتْ وَزَوْجُهَا عَنْهَا رَاضٍ دَخَلَتْ الْجَنَّةَ

Maksudnya;
“Mana-mana perempuan yang mati, dalam keadaan suaminya sentiasa reda dengannya. Makanya, dia akan masuk syurga[6]”

Dari hadis ini, Nabi SAW menyatakan isteri yang mati dalam keadaan suaminya reda dengan kehidupannya semasa hidup bersama, isteri tersebut ditentukan syurga oleh Allah. Sebaliknya, jika isteri tersebut mati dalam keadaan suaminya tidak reda dengannya, disebabkan beberapa tindak tanduk, dan perangainya yang tidak menyenangkan hati suami, maka isteri tersebut ditentukan neraka oleh Allah SWT.

27 September, 2010

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang Di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada sebahagian daripada kontrak sosial.

Antara aspek-aspek utama dalam Perlembagaan Negara Malaysia adalah berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Sementara itu Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu di Semenanjung dan Hak Keistimewaan Bumiputera di Sabah dan Sarawak juga terkandung di dalam Perlembagaan Negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan Bumiputera tetap juga diberikan. Antaranya, pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia kepada mereka yang layak, sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara itu sendiri. Walaupun bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi, namun perkembangan bahasa-bahasa lain adalah tidak dihalang atau disekat. Malah bahasa Inggeris sendiri dijadikan bahasa kedua Malaysia.

Begitu juga halnya dengan agama Islam, walaupun secara rasminya telah menjadi agama utama, namun orang bukan Islam juga bebas untuk menganuti dan mengamalkan agama mereka, mengikut kepercayaan agama masing-masing. Manakala hak asasi rakyat juga dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Negara Malaysia ini. Pendeknya, tiada sesiapa pun, atau mana-mana pihak yang boleh menggangu-gugat hak asasi rakyat di negara ini.

Ulasan ...
"Tiada sesiapa pun, atau mana-mana pihak yang boleh menggangu-gugat hak asasi rakyat di negara ini..." Tapi kita selalu melihat campur tangan asing seperti dalam kes Anwar Ibrahim malah lebih ketara jika kes tersebut melibatkan kepada perkauman dan keagamaan. Adakah kita semua sedar bahaya bangsa melayu sepatutnya menjadi contoh kepada bangsa² yang lain? Kita bangsa Melayu selalu digambarkan sebagai bangsa yang berbudi bahasa dimana sampai sekarang kita sebenarnya dikotak katik dan dipijak oleh yang lain. Adakah kita sedar bahawa Sultan-Sultan Melayu kita merupakan Tonggak pertahanan Bangsa kita? Lihat sahaja Kes di PERAK (Sultan Azlan Shah,Raja Nazrin Shah dan keluarga baginda) dimana campur tangan Sultan telah mengakibatkan rakyat marah dalam pelantikan baru kerajaan negeri Perak. Tapi tidakkah kita fikir bahawa tindakan itu wajar tetapi masih ada lagi Melayu yang tidak berpuas hati dengan campurtangan berikut. Rakyat Melayu sebenarnya telah dipisahkan oleh fahaman-fahaman politik. Sudah pasti melayu disini mencerminkan Islam dan dengan fahaman2 Politik yang berbeza mana mungkin Islam agamanya sendiri dapat bersatu. Ini merupakan stategi yang lama telah disusun oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Mereka tahu bahawa Islam Tidak dapat diperangi tetapi dengan memecahbelahkan fahaman politik bangsa melayu sudah pasti mengakibatkan mereka tidak bersatu. Aku sendiri telah melihat dan mengalami pengalaman ini sendiri.

Ada hipotesis atau pun fakta mengenai Bangsa Melayu iaitu alter. Alter merupakan peribadi kedua yang ada dalam personaliti seseorang dan alter ini dihubungkait rapatnya dengan Bangsa Melayu. Alter jika diusik sensitivitinya maka ia akan mendorong menguasai personaliti utama. Malah boleh menjadi domain kepada personaliti utama. Sebenarnya ini yang paling ditakuti oleh bangsa-bangsa yang lain. Mungkin masih tidak jelas apa yang dikaitkan dengan Alter dan bangsa melayu ini. AMUK.. Pernah dengar? Ini lah personaliti kedua yang tanam jauh didalam bangsa melayu dan ditakuti.

24 September, 2010

BLOODLINE 13 KETURUNAN

Keturunan-keturunan ini terpilih antara sebabnya ialah kemahiran atau pengetahuan yang dimiliki oleh mereka yang dapat digunakan dan dimanipulasikan oleh Dajjal Laknatullah bagi melicinkan kerjanya.Rockefeller misalnya berpengaruh dalam bidang perniagaan minyak (Standard Oil, Exxonmobil) dan Rothschild diketahui umum menguasai kewangan dan perbankan.Keluarga lain misalnya Collins pula dihormati kerana darah keturunannya yang mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan, dengan kata lain diperlukan sebagai rahib Iblis bagi upacara ritual Illuminati.

Memang benar sekarang keturunan-keturunan ini hampir diketahui umum. Dengan penguasaan ekonomi negara² maju. Mereka adalah keluarga terpilih untuk menjadi hamba pengikut Dajjal bagi menjalankan pelbagai kegiatan durjana di merata dunia.Ini adalah kajian seorang pengkaji,mungkin ada lagi keturunan Illuminati yang terpilih tetapi walauapapun tindakan Dajjal The AntiChrist, tindakannya pasti dibongkar oleh Yang Maha Mengetahui. Dibawah desenaraikan 13 keturunan berikut:




~The Astor Bloodline~The Bundy Bloodline~The Collins Bloodline~The DuPont Bloodline~The Freeman Bloodline~The Kennedy Bloodline~The Li Bloodline~The Onassis Bloodline~The Reynolds bloodline~The Rockefeller Bloodline~The Rothschild Bloodline~The Russell Bloodline
~The Van Duyn Bloodline~

21 September, 2010

WINDOWS 7 ULTIMATE

Akhirnya aku sudah mengambil keputusan mengupgradekan notebook aku kepada Win 7 Ultimate. Alhamdulillah semuanya lancar dan memang memuaskan dengan Vista yang selama ini aku dok guna. Segala software2 aku juga tidak mendatangkan masalah semasa menginstall pada platform Win 7 ini. Semasa process nak upgrade pun tak sebegitu lama. Malah kini perubahan yang agak ketara apabila notebook dibuka agak pantas walaupun bermacam2 mak nenek software yg telah diinstalled. Just dok belek² lagi nak tahu kelebihan dia or maybe some tweak ada dlm Win 7 Ultimate nie.


Welcome Windows 7 tapi Windows mobile 7 tak dapat nak upgrade

14 September, 2010

AIDILFITRI 2010

Alhamdulillah Aidilfitri tiba lagi. Yang pasti kanak2 lah yang paling meriah mengumpul duit raya. Dulu aku kecik2 pun sama jugak. Sesudah sebulan kita menunaikan ibadat puasa, akhirnya hari kemenangan yang dinanti-nantikan tiba jua. Juadah2 raya, maaf-bermaafan, menziarahi antara satu sama lain, dan berkumpulnya ahli keluarga merupakan tradisi menyambut Aidilfitri yang pasti akan lebih memeriahkan Hari Raya.

Seperti biasa jugak apabila menjelang Aidilfitri ini, intisari rancangan televisyen pasti dinanti-nantikan. Selingan ini sebenarnya memeriahkan suasana Aidilfitri ini. Dengan program2 berunsurkan hiburan, drama2 yang menghayat hati mahupun komedi dan yang pastinya kini lebih meriahnya dengan adanya media penyiaran elektronik berbayar dengan cerita-cerita terbaru yg dipertontonkan.

Disini lah bermulanya al-kisah

Dulu-dulu siaran yang dipertontonkan merupakan drama2 melayu berunsurkan kemaafan dan ada juga berunsur kesedihan mungkin ingin mencuit keinsafan para penonton sekalian. TAPI 2010 nie pulak kenapa penuh dengan drama2 berunsurkan seram dari tanah air sendiri mahupun dari seberang? Apa dah jadi nie?

Ramadhan segala setan2 semua dirantai,
Syawal semuanya dilepaskan semula...

Mungkin ini yang difahami oleh sesetengah produksi yang menyusun atur intisari rancangan semasa Hari Raya. Penuh dengan drama2 seram (malas nak senaraikan) mungkin ada juga yang perasan akan intisari rancangan tersebut. Kenapa ia dipertontonkan semasa hari kemenangan? Kanak2 kecil suka ke menonton nyer? Takbir Raya kini nampak nya pula kurang? Apadah jadi nie? Hiburan merupakan kemenangan kita selepas berjaya menunaikan ibadat puasa? Adakah hiburan sedemikian yang pasti mendapat sambutan? Adakah mereka telah meneliti segala aspek-aspek lalu mengambil kata putus dengan menyiarkan cerita-cerita seram....?

Aku biarkan sahaja para pembaca untuk menilai sendiri. Maaf Zahir dan Batin dibulan yang mulia ini dan SALAM AIDILFITRI buat semua...

08 September, 2010

SUASANA AIDILFITRI

Huh.. Setiap orang aku rasa mesti ada pengalaman lebaran nyer sendiri. Setiap orang sudah pasti berbeza-beza sambutan dari dulu hinggalah sekarang. Yang pasti setiap muslim dan muslimat menyambut hari kemenangan ini sesudah sebulan berpuasa. Kita bersyukur kepada Allah teratas KurnianNya dan bertakbir tanda kemenangan.

“..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).

Dulu² zaman mak bapak aku kecil-kecil, meriam buluhlah merupakan permainan semasa bulan puasa terutama time² dah nak dekat raya. Panjut keliling rumah dihiasi menerangi laman, suasana cengkerik dimalam hari diselang-seli dengan bunyi mercun dah meriam buluh memecah keheningan malam. Suasana ini cukup indah dikampung² serta orang-orang tua sebok menunaikan terawih dimalam hari ada pula anak² kecil yang pasti berada disurau ataupun dimasjid yg sebok² bermain bukannyer terawih.. Aku dulu pun sama gak mcm tue. Pergi terawih, buat 8 rakaat pastu main kejar-kejar sementara menunggu org selesai menyempurnakan terawih.. Tapi sebenarnya dalam hati tak sabar nak mohrey(makan-makan)...

Setiap kali raya time kecik² dulu mesti ada bunga api (bunga api besi CAP KUCING).. Bila dah besar sikit masuk sekolah rendah and menengah apa kes nak main bunga api, tak adventure laa... Aku upgrade dengan mercun pula, biasa laa ramai pakcik² aku yang tolong sponsorkan. Bapak aku.. Mmm jangan harap dia nak tolong belikan, membakar duit ckp nyer.. Tapi ada betulnyer. Masuk alam pekerjaan.. Wah dah ada duit sendiri, apa lagi walaupun zaman aku nie mercun² nie dah diharamkan.. Tp semangat tuk mendapatkan nyer tetap ada.. Tak feel kalo raya tak der mercun. Tapi bagus gak kerajaan mengharamkan nyer.. Skarang nie tengah² malam manusia dok membakar mercun yg bunyinyer pulak setanding ngan meriam buluh.. Adoiyaiii macam mana nak tido pulak kan.. Ada gak rasa angin satu badan tp, aku tetap merasai kekurangan Aidilfitri nie kalo tak der mercun² yang best.

Nie aku rasa bab makanan pulak, lemang, ketupat dan rendang mesti juadah wajib malam raya dan pagi raya.
Nie dari dulu sampai sekarang tak bole diganti dengan makanan-makanan lain. WAJIB just kalo orang² yang berniaga nie, susah sikit laa nak cakap kerana ada sesetengah tue cuma memikirkan keuntungan bukan nyer qualiti makanan. Apa lagi menu nyer dipagi raya.. Ada lontong, dodol, wajid dan yang semestinyer kueh raya laa kan dah nama raya....

Bagi wanita-wanita lak, tak abis dalam kepala otak mesti nak kelihatan cun dipagi raya. Apa lagi kalo bukan
shopping raya. "Baju kurang berapa pasang, kebaya lak nak pakai masa raya keberapa, Warna nie dah ada,
ooo....yang nie mesti match dengan handbeg baru....."Nie dari dulu smpi skarang pun shopping raya nie pun
tanda² Syawal dah dekat. Hanya jumlah perbelanjaan tue mestilah berbeza setiap orangkan. Tapi skarang
nie bukan sahaja perempuan jer nak shopping raya, hakikatnyer kita leh tengok sendiri skarang kaum Adam
nie pun kalo time raya shopping pun tak agak² dah. Mungkin bagi dorang setahun sekali.. Apasalah nyerkan.
Biar PAPA asalkan BERGAYA. Ada jugak lelaki2 yang time² nie laa nak modified kereta sikit. Maklum laa nak balik kampung nak kasi tayang satu kampung....

Hakikatnyer walau bagaimana cara sekalipun Aidilfitri ini disambut, pasti suasanadizaman kanak-kanak adalah time yang paling best sekali. Aku pasti statement nie ramai yang bersetuju pasal zaman kanak-kanak laa kita dapat duit raya.. Time dah Bosar Panjang nie.... Time kita laa pulak yang memberi....

Akhirkata;
Salam Aidilfitri Buat Semua,
Maaf Zahir Dan Batin

06 September, 2010

APCO / TV3 / ISLAM




Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
b) Buku – Bible
c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinand) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblisf) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduranScene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
c) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism
Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakanScene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

a) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
c) Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4- Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
a) Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya

Scene 8 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.
a) Pulau - Singapore kot (Not Sure).

Scene 9 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
b) Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 10 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

a) Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

b) Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Seolah-olah Perlakuan Biadab

Scene 11 - Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).


ULASAN - Apa nak jadi sekarang nie, Kerajaan akan turut dipersalahkan dalam agenda begini. Siapakah yang membuat storyboard dan meluluskan iklan yang sebegini? Ada krew² yang berani tampil kehadapan? Adakah krew² ini beragama Islam? Sanggupkah mereka berkata benar mempertahankan maruah Islam?
Dimana kepercayaan yang selama ini diberi dan apakah TV3 semata2 buta dengan mudah perpertontonkan ia kekhayalak ramai. Adakah meminta maaf sahaja sudah bole dilupakan....

Ini semua propaganda yang secara halus memesongkan akidah umat Islam. Adakah ini kerja² APCO untuk menyatukan 1 Agama pula? Illuminati disebalik iklan ini? Pasti semua sedar bahawa 1 Malaysia adalah dari usaha rancangan APCO sendiri. Lemabaga Penapisan Filem seakan² terplepas pandang? Banyak sektor² yang terlibat.. Ingat WANG yang memudahkan segalanya untuk berurusan. Dan ingat juga bawaha Illuminati memonopoli sektor ekonomi juga.

Alhamdulillah aku masih bersyukur dengan adanya golongan bijak pandai Islam yang dapat mentafsirkan iklan sedemikian. Syukur aku kerana analis-analis negatif yang memesongkan umat Islam dapat ditepis. Usaha2 begini haruslah diberi pujian kerana Malaysia adalah sebuah negara Islam. Mungkin dengan penubuhan² badan² bukan kerajaan satu langkah positif untuk menapis segala unsur² bersifat perkauman mahupun yang agama. Ingat Islam itu Indah dan menghormati agama lain..