27 September, 2010

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang Di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada sebahagian daripada kontrak sosial.

Antara aspek-aspek utama dalam Perlembagaan Negara Malaysia adalah berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Sementara itu Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu di Semenanjung dan Hak Keistimewaan Bumiputera di Sabah dan Sarawak juga terkandung di dalam Perlembagaan Negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan Bumiputera tetap juga diberikan. Antaranya, pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia kepada mereka yang layak, sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara itu sendiri. Walaupun bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi, namun perkembangan bahasa-bahasa lain adalah tidak dihalang atau disekat. Malah bahasa Inggeris sendiri dijadikan bahasa kedua Malaysia.

Begitu juga halnya dengan agama Islam, walaupun secara rasminya telah menjadi agama utama, namun orang bukan Islam juga bebas untuk menganuti dan mengamalkan agama mereka, mengikut kepercayaan agama masing-masing. Manakala hak asasi rakyat juga dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Negara Malaysia ini. Pendeknya, tiada sesiapa pun, atau mana-mana pihak yang boleh menggangu-gugat hak asasi rakyat di negara ini.

Ulasan ...
"Tiada sesiapa pun, atau mana-mana pihak yang boleh menggangu-gugat hak asasi rakyat di negara ini..." Tapi kita selalu melihat campur tangan asing seperti dalam kes Anwar Ibrahim malah lebih ketara jika kes tersebut melibatkan kepada perkauman dan keagamaan. Adakah kita semua sedar bahaya bangsa melayu sepatutnya menjadi contoh kepada bangsa² yang lain? Kita bangsa Melayu selalu digambarkan sebagai bangsa yang berbudi bahasa dimana sampai sekarang kita sebenarnya dikotak katik dan dipijak oleh yang lain. Adakah kita sedar bahawa Sultan-Sultan Melayu kita merupakan Tonggak pertahanan Bangsa kita? Lihat sahaja Kes di PERAK (Sultan Azlan Shah,Raja Nazrin Shah dan keluarga baginda) dimana campur tangan Sultan telah mengakibatkan rakyat marah dalam pelantikan baru kerajaan negeri Perak. Tapi tidakkah kita fikir bahawa tindakan itu wajar tetapi masih ada lagi Melayu yang tidak berpuas hati dengan campurtangan berikut. Rakyat Melayu sebenarnya telah dipisahkan oleh fahaman-fahaman politik. Sudah pasti melayu disini mencerminkan Islam dan dengan fahaman2 Politik yang berbeza mana mungkin Islam agamanya sendiri dapat bersatu. Ini merupakan stategi yang lama telah disusun oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Mereka tahu bahawa Islam Tidak dapat diperangi tetapi dengan memecahbelahkan fahaman politik bangsa melayu sudah pasti mengakibatkan mereka tidak bersatu. Aku sendiri telah melihat dan mengalami pengalaman ini sendiri.

Ada hipotesis atau pun fakta mengenai Bangsa Melayu iaitu alter. Alter merupakan peribadi kedua yang ada dalam personaliti seseorang dan alter ini dihubungkait rapatnya dengan Bangsa Melayu. Alter jika diusik sensitivitinya maka ia akan mendorong menguasai personaliti utama. Malah boleh menjadi domain kepada personaliti utama. Sebenarnya ini yang paling ditakuti oleh bangsa-bangsa yang lain. Mungkin masih tidak jelas apa yang dikaitkan dengan Alter dan bangsa melayu ini. AMUK.. Pernah dengar? Ini lah personaliti kedua yang tanam jauh didalam bangsa melayu dan ditakuti.

No comments: