13 July, 2010

KISAH DOCTOR

Ni aku punya member dok story laa kat aku pasal kejadian apa yg berlaku di hospital. Kawan aku nie seorang IT vendor tuk salah sebuah hospital Kerajaan di Lembah Kelang. Sedih gak bila kawan aku nie ngadu pasal mentality seorang doctor melayu disana. Aku difahamkan, doctor nie bersifat hidung tinggi dan bangga dengan kedudukan nyer. Nak dijadikan cerita:

SAYA KELULUSAN UNIVERSITY

Apa yg diucapkan kepada seorang vendor IT yg juga kelulusan ijazah dr University tempatan. Pelik nyer disini, kenapa seorang doctor mengaku dia kelulusan University. Aku rasa nie mentaliti dia yg ada kurengnya sedikit.. Dah sah² doctor tentu la ada kelulusan University, takan ko beli kelayakan ko nie.. Nie laa yg dinamakan tipikal sesangat.. Berlagak tak tentu tempat. Tah laaa, semasa menjawat dan menjalankan tugasnya sebagai seorang doctor, biarlah tuhan sahaja yg menghitung keikhlasan nya dalam menjalankan tanggungjawabnya.. Makin ramai manusia didalam sektor kerajaan ini makin tidak sedar diri tentang aspek² berinteraksi dengan masyarakat ataupun mungkin kita sendiri telah lupa dengan Bahasa Mencerminkan Budaya | Bahasa Mencerminkan Bangsa | Bahasa Mencerminkan Suatu Kebudayaan | Bahasa Mencerminkan Peradaban. Tutur percakapan seseorang juga dapat dinilai akan budi pekertinya. Mungkin doctor nie datang bulan or emo kot smpi bole terkeluar ayat yg sedemikian. Bagi aku perkara² yg sedemikian rupa mencerminkan pemikiran seseorang. Munkin dia pakar dalam bidang kedoktoran, tapi tidak semestinya dia arif dalam segala aspek kehidupan..

  1. Dimanakah hilangnya sifat budi pekertinya?
  2. Adakah Ilmu didada membuatkan seseorang itu mentarafkan darjat sesama manusia?
  3. Adakah dari kecil mereka ini kurang didikan agama mahupun tunjuk ajar ibu bapa dari segi moral atau menghormati orang lain?
  4. Adakah jawatan yg tinggi membezakan sesama manusia?

Kepada Dr ****** dari dept Anaes full paying patient (FPP) semoga lebih beretika menjalankan tugas..