04 August, 2011

3 Ramadhan (ToTToT)


Setahun yang lalu 3 Ramadhan tepat pukul 10.05 pagi seorang bayi comel telah dilahirkan.. Kau dibawa pergi dariku pada 18 November 2010. Alhamdulillah pada 27 July 2011. Aku dapat memelok dan menciummu. Sayangnya engkau hanya menangis sudah pasti engkau tidak mengenaliku.. Mungkin tidak pernah dgr khabar pun tentang diriku ini. Bebrapa kali percubaan aku untuk pergi menjenguk engkau tp malangnya aku dihalang dan dicaci. Alhamdulillah semua nie hasil kesabaran aku selama ini.Sungguh hebat dugaanNYa.


Sedih diri ini apabila anak sendiri menangis dipangkuan ayahnya. Sedih hati ini seakan-akan engkau tidak mengenaliku. Sedih hati ini melihat kau menangis. Sedih hati apabila kita dipisahkan lagi anakku...

Aku tidak cukup tabah untuk menerima maki hamun dan fitnah yg dilemparkan. Walaupun kita dipisahkan.. Ayah tahu engkau belom pernah mengenali erti dunia ini, malahan kini engkau telah pun menjadi mangsa, Jika suatu hari nanti engkau tidak dapat menerimaku sebagai ayahmu.. Ayah akan faham kehendak hatimu. Kupanjatkan doaku terhadapmu semoga kau menjadi insan yg mulia dan menghormati orang tua. Maafkan ayah kerana tiada pengorbanan yg mampu untuk ayah lakukan.. Semoga anakku membesar dgn penuh kasih sayang ...



1 comment:

ChachaBo ⎝︶ε︶ ⎠ said...

sabar ye bang . . ctk ank abg .. sdih plk :'(