Kisah pasal "Pasar Ramadhan" atau ada juga yg mengenalinya dgn nama "PARAM". Adakah ini masanyer bagi peniaga2 membuat untung atau adakah ini masanya umat Islam membuat amal yg berganda..! TERPULANG..
Semua nie terpulang pada individu2 dan didikan mereka. Jika mereka merasakan berniaga pada bulan Ramadhan menguntungkan, kenapa mereka tidak terfikir dgn amalan mulia dibulan Ramandhan juga menguntungkan? Adakah peniaga2 ini sesudah penat berniaga akan dapat menunaikan solat tarawih? Maafkan saya kerana saya sendiri tidak ada jawapan bagi persoalan itu.
Bagi kita yg membeli di pasar ramadhan, sudah tentu ada yg membeli mengikut ala kadar sahaja, tetapi ada juga membeli mengikutkan nafsu..! TERPULANG..
Semua nie untuk mengisi perot yg kekosongan setelah penat sehari berpuasa. Tetapi bila makanan yg dibeli tidak dapat memenuhi citarasa pembeli sbg contoh makanan terlebih masin, masam, terlampau pedas and tentu sekali "Tidak Sedap" akan membuat pembeli ini mengeluh. Mungkin juga ada diantara mereka ini siap memaki hamun penjual2 di Pasar Ramadhan. Bg mereka peniaga yg penting ada untung. Bayangkan pulak pembeli2 ini memaki hamun dan sumpah seranah penjual terbabit yg tidak bertanggungjawab, DOSA pembeli dah dpt, secara tak sengaja berkat ker hasil jualan peniaga itu?
Nie ada jugak segolongan yg suka sangat pergi ke Pasar Ramadhan, bg mereka ini adalah rutin harian pada bulan puasa. Ada mereka datang suka2 tengok2 sajian (sambil cium bau) dan ada juga yg datang tuk cuci mata dan menayang-nayang kan fesyen. Nie bulan puasa laa, pergi pasar ramadhan pun ada gak yg seksi2 tue..! TERPULANG..
Tapi apa yg pentingnya Insyallah marilah kita sesama sendiri menjaga amalan kita di bulan puasa ini. Sama2 laa kita membina diri kita kepada jln yg baik untuk masa depan kita.
No comments:
Post a Comment