02 June, 2009

PENIPUAN EVOLUSI - Bulu Burung

Teori evolusi yang mendakwa bahawa burung telah berubah aripada reptilia, telah gagal untuk menjelaskan perbezaanperbezaan yang besar di antara dua kelas hidupan yang berbeza ini. Di dalam beberapa sifat seperti struktur tengkorak mereka, sistem paru-paru dan metabolisme darah-panas, burung adalah amat berbeza daripada reptilia. Sifat lain yang menambahkan lagi jurang perbezaan di antara burung dan reptilia ialah bulu burung yang mempunyai bentuk yang dikhaskan untuknya.Badan reptilia dilindungi oleh sisik-sisik, sementara badan burung ditutupi oleh bulubulu. Memandangkan evolusionis menganggap reptilia adalah moyang burung, maka mereka mendakwa bulu-bulu burung ini telah berubah daripada sisik-sisik reptilia. Bagaimana pun, tidak ada sebarang persamaan di antara bulu burung dan sisik reptilia. Seorang profesor fisiologi dan neurologi daripada Universiti Connecticut, A.H. Brush, telah menerima kenyataan ini walau pun beliau adalah seorang evolusionis: "Setiap sifat daripada struktur gen dan organisasi, untuk membentuk, morfogenesis (morphogenesis) dan tisu organisasi adalah

berbeza (di dalam bulu dan sisik). Tambahan pula, Prof. Brush telah menganalisis struktur protein bulu burung dan menegaskan "ia adalah vertebrat yang unik".Tidak terdapat bukti fosil untuk membuktikan bahawa bulu burung telah berubah daripada sisik reptilia. Sebaliknya, "bulu-bulu ini muncul secara tiba-tiba di dalam rekod fosil, sebagai sebuah kriteria unik yang tidak dapat dinafikan yang menjadi tanda burung", seperti yang telah dinyatakan oleh Prof. Brush.Lagi pun, di dalam reptilia, tidak ada struktur epidermis (kulit luar) yang telah dikesan boleh menghasilkan suatu sumber untuk bulu-bulu burung. Pada tahun 1996, ahli-ahli paleontologi telah menghebahkan tentang fosil-fosil seekor dinosaur berbulu yang digelar sebagai Sinosauropteryx. Bagaimana pun, di dalam tahun 1997, telah dikenal pasti bahawa fosilfosil ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan burung dan tidak ada bulu moden.Dari segi lain, jika dikaji bulu-bulu burung ini dengan lebih dekat, kita akan menemui sebuah rekaan kompleks yang tidak dapat dijelaskan oleh mana-mana proses evolusi. Seorang ahli ornitologi terkenal Alan Feduccia, menyebut bahawa, "setiap sifat padanya mempunyai fungsi-fungsi yang aerodinamik. Ia sangat ringan, mempunyai keupayaan untuk mendongak ke atas untuk menambah kelajuan yang perlahan, dan kemudian boleh kembali semula ke posisi asal dengan mudah". Seterusnya beliau menambah, "Saya tidak faham bagaimana sebuah organ yang direka sempurna untuk terbang boleh terbentuk untuk kegunaan lain pada awalnya". Rekaan bulu burung ini juga telah memaksa Charles Darwin memikirkannya dengan lebih mendalam. Lebih-lebih dari itu, keindahan bulu burung merak telah menyebabkannya bosan (sick- meminjam istilahnya sendiri). Di dalam sepucuk surat yang ditulis kepada Asa Gray pada 3 April 1860, beliau berkata "saya masih ingat dengan baik waktu ketika pandangan tentang mata telah membuatkan saya kaku, tetapi saya dapat melalui peringkat rungutan ini...". Kemudian dia menambah, "... dan sekarang perincian struktur yang tidak penting sering membuatkan saya tidak selesa. Tanda sehelai bulu pada ekor burung merak, setiap kali saya melihatnya, it make me sick".




1 A. H. Brush, "On the Origin of Feathers", Journal

of Evolutionary Biology, vol. 9, 1996, p. 132.

2 A. H. Brush, "On the Origin of Feathers", p. 131.

3 Ibid.

4 Ibid.

5 "Plucking the Feathered Dinosaur", Science, vol.

278, 14 novembre 1997, p. 1229.

6 Douglas Palmer, "Learning to Fly" (Recensione di

The Origin of and Evolution of Birds di Alan

Feduccia, Yale University Press, 1996), New

Scientist, vol. 153, 1 marzo 1997, p. 44.

7 Norman Machbeth, Darwin Retried: An Appeal to

Reason, Boston, Gambit, 1971, p. 101.

No comments: