27 May, 2009

PENIPUAN EVOLUSI – Apakah Asal Usul Lalat?

Mendakwa dinosaur berubah menjadi burung,evolusionis menyokong dakwaan mereka dengan menyatakan bahawa dinosaur yang menyipas kaki depannya ketika mengejar lalat, telah mendapat
sayap dan terbang' seperti yang dapat diperhatikan di dalam gambar. Tanpa sebarang asas saintifik dan dengan hanya khayalan, teori ini telah meninggalkan percanggahan yang mudah: contoh yang
digunakan oleh evolusion untuk menggambarkan asal usul terbang, iaitu lalat telah pun mempunyai kebolehan untuk terbang. Sedangkan manusia tidak dapat mengelipkan matanya 10 kali dalam masa
sesaat, seekor lalat dapat menipas sayapnya 500 kali sesaat. Tambahan pula, ia menggerakkan kedua-dua sayapnya serentak. Sedikit canggung di dalam getaran sayap boleh menyebabkan lalat
tersebut hilang keseimbangan, tetapi ini tidak pernah berlaku.

Evolusionis sepatutnya terlebih dahulu mengemukakan penjelasan terhadap bagaimana lalat boleh mendapat kebolehan untuk terbang. Sebaliknya, mereka mencipta lagi senario khayalan tentang bagaimana banyak lagi makhluk-makhluk yang pelik seperti reptilia boleh terbang. Sedangkan ciptaan sempurna lalat-lalat
rumah dapat membatalkan dakwaan evolusionis ini. Seorang ahli biologi Robin Wotton telah menulis sebuah artikel bertajuk "The Mechanical Disign of Fly Wings" "Semakin banyak kita memahami fungsi sayap serangga, lebih banyak kehalusan dan keindahan rekaannya muncul. Struktur-struktur direka untuk mencacatkan seberapa sedikit yang boleh (menjadi seberapa sempurna yang mungkin), mekanismamekanisma telah direka untuk menggerakkan bahagian-bahagian kompenan di dalam cara yang boleh diramal. Mereka memiliki beberapa teknologi yang sejajar".

Dari segi lain pula, tidak terdapat walau satu fosil yang boleh menbuktikan evolusi khayalan lalat. Ini yang dimaksudkan oleh seorang ahli zoologi Perancis, Grasse apabila beliau menyatakan; "Kita berada di dalam kegelapan dalam mencari asal usul lalat".

1 Robin J. Wootton, "The Mechanical Design of
Insect Wings", Scientific American, v. 263,
November 1990, p.120
2 Pierre-P Grass, Evolution of Living
Organisms, New York, Academic Press, 1977,
p.30.

No comments: