04 May, 2009

Realiti TV



Populariti, Kekayaan?
Adakah ini merupakan cita-cita jenerasi sekarang?
Mengejar kekayaan dengan cara yang mudah?
Memang benar untuk kita berjaya kita hendaklah berusaha.. Tapi adakah dengan memasuki pertandingan itu merupakan salah satu cara untuk berusaha? Kenapa dengan jenerasi sekarang, seakan-akan semua menanam niat untuk memasuki REALITI TV? Adakah ingin mengejar populariti dan kekayaan?
" Bayangkan semua anak-anak muda jenerasi baru menanam niat ke REALITY TV "
Mana cita-cita murni yang dahulu seperti ingin menjadi seorang pendidik, jurutera, doctor, saintis dan lain-lain.

Adakah ini yg dinamakan impian? Mengejar Impian?
Dulu anak-anak kita sering kali berusaha untuk masuk ke Universiti dan kolej2 tempatan didalam mahupun diluar negeri. Kini jenerasi sekarang lebih tergila-gila kan ujibakat-ujibakat Realiti TV. Yang peliknya, ada suara sumbang ada hati nak menyanyi (Biar laa hak masing-masing) - lagi pun mereka berusahakan!!!

Apa yang sedih bagi aku, mereka yg dari golongan yg kurang kemampuan (kaya). Masuk pertanding nak menang. Bila ditanya, ingin membantu keluarga... KENAPA TAK BERUSAHA KE MENARA GADING??? Belajar Tinggi2!!!

Tapi nak buat macam mana, setiap manusia ada pandangan sendiri tentang kejayaan. Yang penting untuk berjaya biarlah mengikut jalan yang betul. Jangan jatuhkan insan lain untuk mengecapai kejayaan sendiri..

No comments: