“Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikirannya masih terbelenggu oleh penjara diri.”
14 May, 2009
Mat Rempit
MAT REMPIT = Kelompok Penunggang Motosikal yang Menunggang Secara Melulu dan Merbahaya.
Cerita mat rempit nie makin menjadi-jadi. Majoriti mereka nie adalah anak-anak melayu sendiri. Mereka ini merupakan pemimpin masa akan datang negara dan keluarga. Ada kah begini ciri-ciri seorang pemimpin akan datang? Siapa perlu dipersalahkan... Kenapa Menuding jari kepada yang lain? Apakah sumbangan anda untuk menaikkan martabat sesuatu bangsa dan negara?
Tanya soalan ini pada diri sendiri atau mana-mana badan yang boleh mengambil tidakan untuk memanfaatkan sesuatu yang negatif menjadi positif. Ambil peluang ini, sebagai satu dari pada proses pembangunan negara dan insan. Andakah kita ingin mendiami negara yg maju tetapi masyarakatnya daif? Pembangunan insan seharusnya selari dgn permodenan. Makin maju sesuatu bangsa maka nilai insan sepatutnya lebih tinggi, tp kini semuanya sebaliknya.
Mungkin anda pernah terlintas difikiran jika melihat mat rempit dijalan yang songsang. Mungin bagi mereka yang memandu kenderaan empat roda ingin melanggar mereka. Kenapa tak langgar sahaja? Bila ditanya polis; alasanya mudah kerana cemas dan tidak dapat mengawal kenderaan terlanggarlah mat rempit-mat remppit ini. Kurang satu mat rempit dijalanan. Tp adakah ini yang wajar dilakukan.....!!!
LANGKAH-LANGKAH
Nie mungkin benda yang boleh dilakukan oleh kerajaan mahupun badan-badan tertentu dan pihak individu.
1. Menghapuskan jualan motosikal 150cc kebawah kepada mereka berumur 30 tahun kebawah
2. Motor bersisi 150cc - 250cc hanya boleh dibeli dengan cash atau ansuran bulanan selama setahun sahaja.
3. Larangan bermotosikal berkumpulan lebih dari 3buah selepas pukul 8.30 malam.
4. Penyediaan
(Pengeluar-pengeluar motor akan mengalami masalah penjualan - Tp yg
positifnya jika motor berkuasa tinggi lebih banyak dijalan raya
bukankah nmpk lebih bergaya - Perubahan Gaya Hidup)
HUKUMAN (Siapalah aku nak tetapkan hukuman ini....!)
1. Pusat Pemulihan Akhlak diajar dgn ilmu2 agama.
2. Penjara 5 bulan (Sapa nak tanggung kos?)
3. Ibu bapa didenda dan Media mewawarkannya diakhbar mahupun televisyen. (Org melayukan lebih nak jaga airmuka - bayangkan laa dorang kuar TV pasal anak kena tangkap - Malu satu Kampung)
NASIB
Apakah nasib mereka ini kelak?
Dimana kita boleh membantu mereka?
Mengapa kita perlu membantu mereka sedangkan mereka tidak endah dgn nasib mereka?
Bayangkan mereka ini tidak berkelulusan tinggi dalam pekerjaan? Kerja apa mereka nak buat sedangkan kita lihat kini buruh asing telah banyak didlm sektor pekerjaan negara kita. Apakah nasib mereka nnt?
"Zaman aku dulu kecoh dengan BOHJAN. Racing moto mmg ada jgk. Time aku kat Universiti laa aku tgk member2 aku dr serata pelusuk negeri bikin moto semata2 nak test ujong minggu. Aku pun hanyut jugak, maklum laa darah panas masa tue baru umur 20an. Race motor penah, Test Keta pernah.. So bila nak letak "noktah" dlm perkara2 ini? Itu yang aku tanamkan. Alhamdulillah, sekarang nie aku hampir berjaya dlm hidup... Aku bersyukur dengan hidup aku sekarang. Yang sedihnya mereka yg hanyut nie terus hanyut......"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
"I like mat rempit..."
ngeh3...mcm kenal je ayat...
hikhikhik
Apa nie.. curi ayat org..
Post a Comment