09 August, 2010

KEPARAT



Renung-renungkan lah wahai kawan² sekalian.

Mengapa kita diperlihatkan dengan videoyang seumpama ini? Apa perassan anda semua? Seorang wartawan menemubual Pastor Terry Jones. Lelaki berjambang yang ingin mendominasikan pembakaran Al-Quran dikhalayak ramai disamping. Jones mempercayai bahawa rakyat Amerika dibunuh dengan kejam semasa peristiwa 911 oleh orang muslim. Jones jugak mengatakan bahawa Islam itu adalah ajaran setan dan percaya ia akan menghancurkan bangsa Amerika itu sendiri.

Pastor Terry Jones merupakan ahli senior kepada Dove World Outreach Center yang mengecam Islam. Dia merupakan juga seorang pendeta anti-gay di Gainesville, Florida.Perancangan terbarunya kini adalah untuk memperingati 911 dengan caranya tersendiri. Anda tahu APAKAH CARANYA YANG TERSENDIRI? Dia telah datang dengan rencana untuk berdiri teguh untuk kebenaran: ia menyeru pengikutnya untuk membakar salinan Al-Quran, buku suci agama Islam. Apakah Dove World Outreach Center?Ia merupakan New Testament Church – Berdasarkan kepada Bible. Mereka percaya bahawa tuhan memanggil generasi baru untuk akhir zaman. Bumi mereka yang dipijak memerlukan gereja-gereja yang memahami kehendak tuhan dan memenuhi kemampuan untuk membawa perubahan kepada masyarakat.

'Burn a Koran Day' itulah yang lahanat nie judulkan rencananya.



Sudah pasti anda mengetahuinya selepas menonton video diatas. Jones menyatakan bahawa ia bertujuan untuk kumpulan gerejanya untuk membakar salinan Al-Quran pada amaran serangan 9 / 11. "Islam adalah agama iblis dan kita perlu membakar buku-buku syaitan" Ketika didesak dengan fakta bahawa kebanyakan syaitan akan menikmati hal-hal yang dibakar ia berkata "pergi ke neraka" ..

Kita disini tidak terfikir akan dunia diluar sana yang berkaitan sesama saudara kita. Lihatlah apa yg mereka ingin lakukan terhadap saudara muslim kita disana. Kita sendiri disini sedang berpecah-belah dengan fahaman politik sesama sendiri.

Jika sesiapapun yang mendapati informasi ini adalah kurang tepat, anda mungkin boleh kongsikan informasi-informasi anda dan juga pendapat² anda. Aku hanyalah insan biasa yg tidak lari dari kesilapan.

http://loganswarning.com/2009/12/29/the-real-islamvideo-by-pastor-terry-jones/

No comments: