25 August, 2010

KOTAK SMILES - JPN

Jabatan Pendaftaran Negara
Cawangan Puchong,
No.67 & 69 Jalan PU 7/4,
Taman Puchong Utama,
47100 Puchong, Selangor

Tahniah bg JABATAN PENDAFTARAN NEGARA CAWANGAN PUCHONG. Cawangan-cawangan lain kurang kepastian dan jabatan² lain dalam kementerian pun kurang kepastiannya ...
Ini merupakan satu cara untuk menaikkan mutu taraf staff kerajaan yg mengendalikan kaunter-kaunter yang saban hari terpaksa melayan kerenah pelanggan. Selama ini Kehadiran aku ke kaunter² kerajaan ini selalunya mengecewakan dengan sikap "makcik-makcik" yang berlagak dan mahupun lepasan-lepasan universiti yang kurang mahir dalam khidmat pelanggan jika dibandingkan dgn khidmat pelanggan yg ditawarkan oleh kaunter² swasta itu sendiri.

Disini aku kongsikan pengelaman yang aku lalui:
Seperti biasa kekaunter² manapun kita disuruh untuk mengambil nombor giliran ..
Aku seperti biasa menunggu giliran untuk dipanngil oleh QMS system ini ( Queue Monitoring System)..
Giliran aku dipanggil.
Aku pun menuju kekaunter dan memberi salam serta lantas aku duduk untuk berurusan.
KOTAK SMILES - Sebuah kotak transparent yang terdapat pada setiap kaunter staff bertugas.

Inilah pemerhatian aku, selalunya kertas angka giliran akan disediakan sebuah tong sampah berhampiran untuk kita membuangnya. Tetapi sebaliknya disini ia tidak menyediakan tong sampah, ia menyediakan KOTAK SMILES ini. TUGAS ANDA hanya memasukkan kertas angka giliran itu mengikut kepuasan layanan staff yang melayani urusan anda di kaunter. Senyuman² itu terdiri daripada
OK icons,Pleasure icons,Indifference icons, Trouble iconsMudahkan dan kreatif juga.. Ini menunjukkan kerajaan sungguh perihatin dan dengan cara yang ringkas ini ia dapat memberi pemikiran logik dan semangat bagi staff yg bertugas dikaunter mahupun pelanggan. Syabas diatas Idea ini. Moga taraf pekerja² kerajaan dapat dipertingkatkan ketahap yang lebih positif dan profesional.


Agak2 nyer dalam sehari berapa banyak yang seseorang tue boleh dapat untuk smiles thumb-up tue?

2 comments:

Sufia Mahzan said...

best juga mcm ni..leh ler letak muke masam pd org2 kt kaunter yg slalu berlagak tuh..huhu

Ayek said...

Hihihi... Tue la kan.. Mmg dinanti-nantikan selama ini..