07 April, 2011

Didikan Awal

Didikan yang pertama bermula dari rumah. Didikan ini diberikan oleh ibu bapa dan juga persekitaran rumah itu sendiri. Bagaimanakah didikan dan peranan persekitaran ini bole mempengaruhi didikan seseorang dalam proses pembesaran. Sebenarnya banyak. Mungkin boleh juga diteliti satu persatu. Pengaruh ibu bapa terhadap anak dalam proses pembesaran sebenarnya turut meransang pemikiran kanak-kanak. Sebagai contoh, jika kanak2 itu dari kecil telah diajar untuk menghormati orang tua, nescaya dgn didikan yang betul mereka ini akan mempunyai ciri2 yang baik. Kita imbas 15 tahun dahulu, kanak2 dihantar ke taska untuk belajar dalam usia 5 atau 6 tahun. tapi kini kita bole lihat, bahawa sudah ada kanak2 yang berusia 3 tahun dihantar untuk belajar mahupun mengaji. Kajian telah membuktikan bahawa dalam usia muda kanak2 mudah menerima sesuatu yang baru dan mudah dibentuk. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Ada juga kanak² yang tidak bernasib baik, dgn keadaan keluarga yang serba kekurangan ataupun keluarga yang berpecah belah. Mereka seakan-akan mencari arah kehidupan mereka dan apabila meningkat dewasa mereka ini ada segelintirnya hanyut dibuai arus. Ada juga antara mereka yg meningkat dewasa tidak mampu berdikari malah tidak tahu membuat keputusan sendiri. Adakah ini disebabkan oleh terlebih kasih sayang? Ibu bapa sebenarnya patut menyiapkan anak² mereka untuk persiapan masa akan datang, bukannyer mendidik mereka mengikut zaman ibubapa itu sendiri. Ali bin Abi Thalib sejak awal mengingatkan bahwa zaman yang akan dimasuki anak-anak kita berbeda dengan zaman kita sekarang ini. Oleh karena itu kita harus memberikan pendidikan yang sebaik-baiknya kepada mereka. “Didiklah anak-anakmu karena mereka sesungguhnya diciptakan untuk suatu zaman yang berbeda dengan zamanmu.” Nyatanya memang demikian. Masa depan akan penuh persaingan dan tentangan yang pasti jauh lebih berat dibanding persaingan dan tentangan yang kita hadapi sekarang ini. Untuk itu kita harus mempersiapkan anak-anak kita sejak sekarang agar mereka menjadi generasi muslim yang kuat. Kuat iman dan agamanya. Kuat mental dan jiwanya, serta kuat ilmu dan teknologinya. Nabi Muhammad s.a.w. pun pernah mengingatkan bahwa: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim).

Dari segi pandanganku, anak² itu kelak hendaklah mampu untuk berdiri diatas kaki sendiri dan mampu menyuarakan pandangan sendiri. IbuBapa hanyalah sementara dan mempunyai peranan untuk mencorak anak itu. Elok acuannyer maka elok laa hasilnya. Jika anak itu tidak mampu untuk berdikari dan menempuh cabaran kehidupan, sanggupkan seorang Ayah dan Ibu melihat hasil didikan mereka gagal dimuka bumi ini? Mampukah mereka membantu jika mereka sudah tiada lagi? Sampai bila si ibubapa ini perlu menyediakan tempat berteduh untuk anak² mereka? Sampai bila hendak menanggung mereka? Sudahkah sianak membalas jasa si Ibubapa? Ingatlah kita hanya bersifat sementara, sesungguhnya kita akan kembali kepadaNya....

No comments: