08 September, 2010

SUASANA AIDILFITRI

Huh.. Setiap orang aku rasa mesti ada pengalaman lebaran nyer sendiri. Setiap orang sudah pasti berbeza-beza sambutan dari dulu hinggalah sekarang. Yang pasti setiap muslim dan muslimat menyambut hari kemenangan ini sesudah sebulan berpuasa. Kita bersyukur kepada Allah teratas KurnianNya dan bertakbir tanda kemenangan.

“..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).

Dulu² zaman mak bapak aku kecil-kecil, meriam buluhlah merupakan permainan semasa bulan puasa terutama time² dah nak dekat raya. Panjut keliling rumah dihiasi menerangi laman, suasana cengkerik dimalam hari diselang-seli dengan bunyi mercun dah meriam buluh memecah keheningan malam. Suasana ini cukup indah dikampung² serta orang-orang tua sebok menunaikan terawih dimalam hari ada pula anak² kecil yang pasti berada disurau ataupun dimasjid yg sebok² bermain bukannyer terawih.. Aku dulu pun sama gak mcm tue. Pergi terawih, buat 8 rakaat pastu main kejar-kejar sementara menunggu org selesai menyempurnakan terawih.. Tapi sebenarnya dalam hati tak sabar nak mohrey(makan-makan)...

Setiap kali raya time kecik² dulu mesti ada bunga api (bunga api besi CAP KUCING).. Bila dah besar sikit masuk sekolah rendah and menengah apa kes nak main bunga api, tak adventure laa... Aku upgrade dengan mercun pula, biasa laa ramai pakcik² aku yang tolong sponsorkan. Bapak aku.. Mmm jangan harap dia nak tolong belikan, membakar duit ckp nyer.. Tapi ada betulnyer. Masuk alam pekerjaan.. Wah dah ada duit sendiri, apa lagi walaupun zaman aku nie mercun² nie dah diharamkan.. Tp semangat tuk mendapatkan nyer tetap ada.. Tak feel kalo raya tak der mercun. Tapi bagus gak kerajaan mengharamkan nyer.. Skarang nie tengah² malam manusia dok membakar mercun yg bunyinyer pulak setanding ngan meriam buluh.. Adoiyaiii macam mana nak tido pulak kan.. Ada gak rasa angin satu badan tp, aku tetap merasai kekurangan Aidilfitri nie kalo tak der mercun² yang best.

Nie aku rasa bab makanan pulak, lemang, ketupat dan rendang mesti juadah wajib malam raya dan pagi raya.
Nie dari dulu sampai sekarang tak bole diganti dengan makanan-makanan lain. WAJIB just kalo orang² yang berniaga nie, susah sikit laa nak cakap kerana ada sesetengah tue cuma memikirkan keuntungan bukan nyer qualiti makanan. Apa lagi menu nyer dipagi raya.. Ada lontong, dodol, wajid dan yang semestinyer kueh raya laa kan dah nama raya....

Bagi wanita-wanita lak, tak abis dalam kepala otak mesti nak kelihatan cun dipagi raya. Apa lagi kalo bukan
shopping raya. "Baju kurang berapa pasang, kebaya lak nak pakai masa raya keberapa, Warna nie dah ada,
ooo....yang nie mesti match dengan handbeg baru....."Nie dari dulu smpi skarang pun shopping raya nie pun
tanda² Syawal dah dekat. Hanya jumlah perbelanjaan tue mestilah berbeza setiap orangkan. Tapi skarang
nie bukan sahaja perempuan jer nak shopping raya, hakikatnyer kita leh tengok sendiri skarang kaum Adam
nie pun kalo time raya shopping pun tak agak² dah. Mungkin bagi dorang setahun sekali.. Apasalah nyerkan.
Biar PAPA asalkan BERGAYA. Ada jugak lelaki2 yang time² nie laa nak modified kereta sikit. Maklum laa nak balik kampung nak kasi tayang satu kampung....

Hakikatnyer walau bagaimana cara sekalipun Aidilfitri ini disambut, pasti suasanadizaman kanak-kanak adalah time yang paling best sekali. Aku pasti statement nie ramai yang bersetuju pasal zaman kanak-kanak laa kita dapat duit raya.. Time dah Bosar Panjang nie.... Time kita laa pulak yang memberi....

Akhirkata;
Salam Aidilfitri Buat Semua,
Maaf Zahir Dan Batin

06 September, 2010

APCO / TV3 / ISLAM




Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
b) Buku – Bible
c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinand) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblisf) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduranScene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
c) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism
Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakanScene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

a) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
c) Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4- Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
a) Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya

Scene 8 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.
a) Pulau - Singapore kot (Not Sure).

Scene 9 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
b) Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 10 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

a) Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

b) Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Seolah-olah Perlakuan Biadab

Scene 11 - Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).


ULASAN - Apa nak jadi sekarang nie, Kerajaan akan turut dipersalahkan dalam agenda begini. Siapakah yang membuat storyboard dan meluluskan iklan yang sebegini? Ada krew² yang berani tampil kehadapan? Adakah krew² ini beragama Islam? Sanggupkah mereka berkata benar mempertahankan maruah Islam?
Dimana kepercayaan yang selama ini diberi dan apakah TV3 semata2 buta dengan mudah perpertontonkan ia kekhayalak ramai. Adakah meminta maaf sahaja sudah bole dilupakan....

Ini semua propaganda yang secara halus memesongkan akidah umat Islam. Adakah ini kerja² APCO untuk menyatukan 1 Agama pula? Illuminati disebalik iklan ini? Pasti semua sedar bahawa 1 Malaysia adalah dari usaha rancangan APCO sendiri. Lemabaga Penapisan Filem seakan² terplepas pandang? Banyak sektor² yang terlibat.. Ingat WANG yang memudahkan segalanya untuk berurusan. Dan ingat juga bawaha Illuminati memonopoli sektor ekonomi juga.

Alhamdulillah aku masih bersyukur dengan adanya golongan bijak pandai Islam yang dapat mentafsirkan iklan sedemikian. Syukur aku kerana analis-analis negatif yang memesongkan umat Islam dapat ditepis. Usaha2 begini haruslah diberi pujian kerana Malaysia adalah sebuah negara Islam. Mungkin dengan penubuhan² badan² bukan kerajaan satu langkah positif untuk menapis segala unsur² bersifat perkauman mahupun yang agama. Ingat Islam itu Indah dan menghormati agama lain..

01 September, 2010

YOUNG vs CENTURIES (OWG)

Pelik pulak tajuk macam nie.. OWG bukan OMG

NOVUS means new, young, novel, or renewed.
ORDO means order, row, or series.
SECLORUM means ages, generations, or centuries.
Secara tepatnya ia dimaksudkan "A New Order of the Ages," tetapi secara kiasan ataupun lebih mudah difahami sebagai "New World Order."Apa perbezaan nyer dengan One World Government dengan New World Order?
Adakah ini salah satu cara yang telah awal dirancang dahulu dan merupakan stretegi mereka untuk mencapai matlamat? Bermacam-macam persoalan dipersoalankan... Rungsing jugak kepala..

Apa perbezaan nyer dengan One World Government dengan New World Order?Ini merupakan agenda Illuminati dengan memastikan seluruh kerajaan-kerajaan dunia mendjadi One World Government. Ini merupakan idea asal untuk menarik golongan elit menyertai Illuminati dahulu. Aku cuba menghuraikan serba sedikit perbezaan New World Order dengan One World Government. Hakikatnya ia tetap dari sumber yang sama iaitu Illuminati. Nak kasi senang tulisan aku singkatkan New World Order (NWO) dan One World Government (OWG) .
OWG diperkenalkan selaras dgn penubuhan Illuminati pada 1776 oleh Adam Weishaupt. Ia telah digunakan untuk menjadikan matlamat penubuhan Illuminati dan objektif kepada segala gerak kerja masyarakat Yahudi elit.

NWO pula mengikut teori konspirasi mula diperkenalkan pada 1782 pada cop mohor kerajaan Amerika iaitu The Great Seal of the United States. The Great Seal yg mempunyai gambar piramid itu juga mempunyai suatu perkataan latin yang ditulis sebagai Novus Ordo Seclorum. 1935 Cop mohor diatas telah dicetak kepada wang kertas 1 dollar America.

Persoalan nyer aku rasa bahawa OWG ini mungkin telah terlaksa, munkin kita tidak menyedarinyer. Sebuah pertubuhan yang wujud selepas perang dunia kedua yakni dalam tahun 1945. Mari kita fikir-fikirkan apakah pertubuhan itu. Ia berperanan untuk mengelaka atau membasmi peperangan antara dua negara. Ia berfungsi sebagai Federal Government dan negara-negara yang menganggotainya adalah State Government.

Ia sebenarnya adalah objek realisasi yang berasaskan konsep One World Government. Ciri-ciri asas sebuah kerajaan ialah ia mempunyai menteri-menteri yang membantunya di bawah setiap kementerian. Setiap kerajaan mempunyai tentera tersendiri dan mereka juga mempunyai tentera pengaman tersendiri. Begitulah jika diperhatikan konsep penubuhannya satu persatu dan dibandingkan pula dengan kehendak One World Government. Mana lagi pertubuhan-pertubuhan yang ada konsep misi pengaman ini kalau bukan PBB. Adakah PBB ini merupkan OWG yang telah dicapai oleh Illuminati? Jika ini benar maka mungkin suatu hari nanti pasti ada jawatan tertinggi untuk OWG kerana ia masih merupakan sebuah badan pertubuhan yang terdiri daripada negara² yang mempunyai pemimpin² dan askar² sendiri...

30 August, 2010

NASIB JALUR GEMILANGKU



Kenapakah sesetengah mereka ini sanggup membakar Jalur Gemilangku?
Dimanakah sifat² Kesaudaraan mahupun Kejiranan?
Mengapakah sesetengah mereka ini tidak serik² untuk menimbulkan masalah dgn Negaraku?

BukanKAH Negaraku cukup bersimpati terhadap pekerja² kamu disini?
BukanKAH Negaraku cukup budiman dengan derma² yang telah dihulurkan?
BukanKAH Negaraku juga mewujudkan kerjasama antara dua negara?

Mungkinkah disebabkan lagu NEGARAKU?






Aku sayang negara tanah tumpah darahku ini.
Tapi dengan rasional aku tidak boleh terima apa yg mereka perlakukan terhadap Jalur Gemilangku
,

31 August 1957

Tahun ini 31 Ogos 2010 dengan megah bertemakan 1 Malaysia Menjana Transformasi.

Ia mengingatkan kita diatas belenggu jajahan dari tahun 1511. Mari lah kita bersama² renungi erti kemerdekaan. Jangan lah kita lupakan Pejuang² bangsa yang akhirnya kita kini telah menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-53.

30 Ogos 1957 - Stadium Merdeka dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada pagi 30 Ogos. Tepat jam 12 tengah malam, di Padang Kelab Selangor, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.

Renungkan bersama erti kemerdekaan ini...

25 August, 2010

KOTAK SMILES - JPN

Jabatan Pendaftaran Negara
Cawangan Puchong,
No.67 & 69 Jalan PU 7/4,
Taman Puchong Utama,
47100 Puchong, Selangor

Tahniah bg JABATAN PENDAFTARAN NEGARA CAWANGAN PUCHONG. Cawangan-cawangan lain kurang kepastian dan jabatan² lain dalam kementerian pun kurang kepastiannya ...
Ini merupakan satu cara untuk menaikkan mutu taraf staff kerajaan yg mengendalikan kaunter-kaunter yang saban hari terpaksa melayan kerenah pelanggan. Selama ini Kehadiran aku ke kaunter² kerajaan ini selalunya mengecewakan dengan sikap "makcik-makcik" yang berlagak dan mahupun lepasan-lepasan universiti yang kurang mahir dalam khidmat pelanggan jika dibandingkan dgn khidmat pelanggan yg ditawarkan oleh kaunter² swasta itu sendiri.

Disini aku kongsikan pengelaman yang aku lalui:
Seperti biasa kekaunter² manapun kita disuruh untuk mengambil nombor giliran ..
Aku seperti biasa menunggu giliran untuk dipanngil oleh QMS system ini ( Queue Monitoring System)..
Giliran aku dipanggil.
Aku pun menuju kekaunter dan memberi salam serta lantas aku duduk untuk berurusan.
KOTAK SMILES - Sebuah kotak transparent yang terdapat pada setiap kaunter staff bertugas.

Inilah pemerhatian aku, selalunya kertas angka giliran akan disediakan sebuah tong sampah berhampiran untuk kita membuangnya. Tetapi sebaliknya disini ia tidak menyediakan tong sampah, ia menyediakan KOTAK SMILES ini. TUGAS ANDA hanya memasukkan kertas angka giliran itu mengikut kepuasan layanan staff yang melayani urusan anda di kaunter. Senyuman² itu terdiri daripada
OK icons,Pleasure icons,Indifference icons, Trouble iconsMudahkan dan kreatif juga.. Ini menunjukkan kerajaan sungguh perihatin dan dengan cara yang ringkas ini ia dapat memberi pemikiran logik dan semangat bagi staff yg bertugas dikaunter mahupun pelanggan. Syabas diatas Idea ini. Moga taraf pekerja² kerajaan dapat dipertingkatkan ketahap yang lebih positif dan profesional.


Agak2 nyer dalam sehari berapa banyak yang seseorang tue boleh dapat untuk smiles thumb-up tue?

09 August, 2010

KEPARAT



Renung-renungkan lah wahai kawan² sekalian.

Mengapa kita diperlihatkan dengan videoyang seumpama ini? Apa perassan anda semua? Seorang wartawan menemubual Pastor Terry Jones. Lelaki berjambang yang ingin mendominasikan pembakaran Al-Quran dikhalayak ramai disamping. Jones mempercayai bahawa rakyat Amerika dibunuh dengan kejam semasa peristiwa 911 oleh orang muslim. Jones jugak mengatakan bahawa Islam itu adalah ajaran setan dan percaya ia akan menghancurkan bangsa Amerika itu sendiri.

Pastor Terry Jones merupakan ahli senior kepada Dove World Outreach Center yang mengecam Islam. Dia merupakan juga seorang pendeta anti-gay di Gainesville, Florida.Perancangan terbarunya kini adalah untuk memperingati 911 dengan caranya tersendiri. Anda tahu APAKAH CARANYA YANG TERSENDIRI? Dia telah datang dengan rencana untuk berdiri teguh untuk kebenaran: ia menyeru pengikutnya untuk membakar salinan Al-Quran, buku suci agama Islam. Apakah Dove World Outreach Center?Ia merupakan New Testament Church – Berdasarkan kepada Bible. Mereka percaya bahawa tuhan memanggil generasi baru untuk akhir zaman. Bumi mereka yang dipijak memerlukan gereja-gereja yang memahami kehendak tuhan dan memenuhi kemampuan untuk membawa perubahan kepada masyarakat.

'Burn a Koran Day' itulah yang lahanat nie judulkan rencananya.



Sudah pasti anda mengetahuinya selepas menonton video diatas. Jones menyatakan bahawa ia bertujuan untuk kumpulan gerejanya untuk membakar salinan Al-Quran pada amaran serangan 9 / 11. "Islam adalah agama iblis dan kita perlu membakar buku-buku syaitan" Ketika didesak dengan fakta bahawa kebanyakan syaitan akan menikmati hal-hal yang dibakar ia berkata "pergi ke neraka" ..

Kita disini tidak terfikir akan dunia diluar sana yang berkaitan sesama saudara kita. Lihatlah apa yg mereka ingin lakukan terhadap saudara muslim kita disana. Kita sendiri disini sedang berpecah-belah dengan fahaman politik sesama sendiri.

Jika sesiapapun yang mendapati informasi ini adalah kurang tepat, anda mungkin boleh kongsikan informasi-informasi anda dan juga pendapat² anda. Aku hanyalah insan biasa yg tidak lari dari kesilapan.

http://loganswarning.com/2009/12/29/the-real-islamvideo-by-pastor-terry-jones/