08 September, 2009

PUASA SI MISKIN

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
"Mana emak? ""Mak pergi menoreh," jawabnya. "Mana bapak?" "Bapak pergi kerja..." "Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan."Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan."Awak ada berapa orang adik-beradik? ""Sepuluh.""Adik ni yang ke berapa?""Saya yang kelapan." "Mana abang-abang kamu pergi?""Tolong emak menoreh." "Adik puasa hari ini?""Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?""Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..". "Bapak kerja apa?""Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata
"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?""Cuma RM3.00 sehari.""Ayahnya bekerja macam mana""Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita..

28 August, 2009

Pasar Ramadhan

Kisah pasal "Pasar Ramadhan" atau ada juga yg mengenalinya dgn nama "PARAM". Adakah ini masanyer bagi peniaga2 membuat untung atau adakah ini masanya umat Islam membuat amal yg berganda..! TERPULANG..
Semua nie terpulang pada individu2 dan didikan mereka. Jika mereka merasakan berniaga pada bulan Ramadhan menguntungkan, kenapa mereka tidak terfikir dgn amalan mulia dibulan Ramandhan juga menguntungkan? Adakah peniaga2 ini sesudah penat berniaga akan dapat menunaikan solat tarawih? Maafkan saya kerana saya sendiri tidak ada jawapan bagi persoalan itu.

Bagi kita yg membeli di pasar ramadhan, sudah tentu ada yg membeli mengikut ala kadar sahaja, tetapi ada juga membeli mengikutkan nafsu..! TERPULANG..
Semua nie untuk mengisi perot yg kekosongan setelah penat sehari berpuasa. Tetapi bila makanan yg dibeli tidak dapat memenuhi citarasa pembeli sbg contoh makanan terlebih masin, masam, terlampau pedas and tentu sekali "Tidak Sedap" akan membuat pembeli ini mengeluh. Mungkin juga ada diantara mereka ini siap memaki hamun penjual2 di Pasar Ramadhan. Bg mereka peniaga yg penting ada untung. Bayangkan pulak pembeli2 ini memaki hamun dan sumpah seranah penjual terbabit yg tidak bertanggungjawab, DOSA pembeli dah dpt, secara tak sengaja berkat ker hasil jualan peniaga itu?

Nie ada jugak segolongan yg suka sangat pergi ke Pasar Ramadhan, bg mereka ini adalah rutin harian pada bulan puasa. Ada mereka datang suka2 tengok2 sajian (sambil cium bau) dan ada juga yg datang tuk cuci mata dan menayang-nayang kan fesyen. Nie bulan puasa laa, pergi pasar ramadhan pun ada gak yg seksi2 tue..! TERPULANG..
Tapi apa yg pentingnya Insyallah marilah kita sesama sendiri menjaga amalan kita di bulan puasa ini. Sama2 laa kita membina diri kita kepada jln yg baik untuk masa depan kita.

02 June, 2009

PENIPUAN EVOLUSI - Bulu Burung

Teori evolusi yang mendakwa bahawa burung telah berubah aripada reptilia, telah gagal untuk menjelaskan perbezaanperbezaan yang besar di antara dua kelas hidupan yang berbeza ini. Di dalam beberapa sifat seperti struktur tengkorak mereka, sistem paru-paru dan metabolisme darah-panas, burung adalah amat berbeza daripada reptilia. Sifat lain yang menambahkan lagi jurang perbezaan di antara burung dan reptilia ialah bulu burung yang mempunyai bentuk yang dikhaskan untuknya.Badan reptilia dilindungi oleh sisik-sisik, sementara badan burung ditutupi oleh bulubulu. Memandangkan evolusionis menganggap reptilia adalah moyang burung, maka mereka mendakwa bulu-bulu burung ini telah berubah daripada sisik-sisik reptilia. Bagaimana pun, tidak ada sebarang persamaan di antara bulu burung dan sisik reptilia. Seorang profesor fisiologi dan neurologi daripada Universiti Connecticut, A.H. Brush, telah menerima kenyataan ini walau pun beliau adalah seorang evolusionis: "Setiap sifat daripada struktur gen dan organisasi, untuk membentuk, morfogenesis (morphogenesis) dan tisu organisasi adalah

berbeza (di dalam bulu dan sisik). Tambahan pula, Prof. Brush telah menganalisis struktur protein bulu burung dan menegaskan "ia adalah vertebrat yang unik".Tidak terdapat bukti fosil untuk membuktikan bahawa bulu burung telah berubah daripada sisik reptilia. Sebaliknya, "bulu-bulu ini muncul secara tiba-tiba di dalam rekod fosil, sebagai sebuah kriteria unik yang tidak dapat dinafikan yang menjadi tanda burung", seperti yang telah dinyatakan oleh Prof. Brush.Lagi pun, di dalam reptilia, tidak ada struktur epidermis (kulit luar) yang telah dikesan boleh menghasilkan suatu sumber untuk bulu-bulu burung. Pada tahun 1996, ahli-ahli paleontologi telah menghebahkan tentang fosil-fosil seekor dinosaur berbulu yang digelar sebagai Sinosauropteryx. Bagaimana pun, di dalam tahun 1997, telah dikenal pasti bahawa fosilfosil ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan burung dan tidak ada bulu moden.Dari segi lain, jika dikaji bulu-bulu burung ini dengan lebih dekat, kita akan menemui sebuah rekaan kompleks yang tidak dapat dijelaskan oleh mana-mana proses evolusi. Seorang ahli ornitologi terkenal Alan Feduccia, menyebut bahawa, "setiap sifat padanya mempunyai fungsi-fungsi yang aerodinamik. Ia sangat ringan, mempunyai keupayaan untuk mendongak ke atas untuk menambah kelajuan yang perlahan, dan kemudian boleh kembali semula ke posisi asal dengan mudah". Seterusnya beliau menambah, "Saya tidak faham bagaimana sebuah organ yang direka sempurna untuk terbang boleh terbentuk untuk kegunaan lain pada awalnya". Rekaan bulu burung ini juga telah memaksa Charles Darwin memikirkannya dengan lebih mendalam. Lebih-lebih dari itu, keindahan bulu burung merak telah menyebabkannya bosan (sick- meminjam istilahnya sendiri). Di dalam sepucuk surat yang ditulis kepada Asa Gray pada 3 April 1860, beliau berkata "saya masih ingat dengan baik waktu ketika pandangan tentang mata telah membuatkan saya kaku, tetapi saya dapat melalui peringkat rungutan ini...". Kemudian dia menambah, "... dan sekarang perincian struktur yang tidak penting sering membuatkan saya tidak selesa. Tanda sehelai bulu pada ekor burung merak, setiap kali saya melihatnya, it make me sick".




1 A. H. Brush, "On the Origin of Feathers", Journal

of Evolutionary Biology, vol. 9, 1996, p. 132.

2 A. H. Brush, "On the Origin of Feathers", p. 131.

3 Ibid.

4 Ibid.

5 "Plucking the Feathered Dinosaur", Science, vol.

278, 14 novembre 1997, p. 1229.

6 Douglas Palmer, "Learning to Fly" (Recensione di

The Origin of and Evolution of Birds di Alan

Feduccia, Yale University Press, 1996), New

Scientist, vol. 153, 1 marzo 1997, p. 44.

7 Norman Machbeth, Darwin Retried: An Appeal to

Reason, Boston, Gambit, 1971, p. 101.

27 May, 2009

PENIPUAN EVOLUSI – Apakah Asal Usul Lalat?

Mendakwa dinosaur berubah menjadi burung,evolusionis menyokong dakwaan mereka dengan menyatakan bahawa dinosaur yang menyipas kaki depannya ketika mengejar lalat, telah mendapat
sayap dan terbang' seperti yang dapat diperhatikan di dalam gambar. Tanpa sebarang asas saintifik dan dengan hanya khayalan, teori ini telah meninggalkan percanggahan yang mudah: contoh yang
digunakan oleh evolusion untuk menggambarkan asal usul terbang, iaitu lalat telah pun mempunyai kebolehan untuk terbang. Sedangkan manusia tidak dapat mengelipkan matanya 10 kali dalam masa
sesaat, seekor lalat dapat menipas sayapnya 500 kali sesaat. Tambahan pula, ia menggerakkan kedua-dua sayapnya serentak. Sedikit canggung di dalam getaran sayap boleh menyebabkan lalat
tersebut hilang keseimbangan, tetapi ini tidak pernah berlaku.

Evolusionis sepatutnya terlebih dahulu mengemukakan penjelasan terhadap bagaimana lalat boleh mendapat kebolehan untuk terbang. Sebaliknya, mereka mencipta lagi senario khayalan tentang bagaimana banyak lagi makhluk-makhluk yang pelik seperti reptilia boleh terbang. Sedangkan ciptaan sempurna lalat-lalat
rumah dapat membatalkan dakwaan evolusionis ini. Seorang ahli biologi Robin Wotton telah menulis sebuah artikel bertajuk "The Mechanical Disign of Fly Wings" "Semakin banyak kita memahami fungsi sayap serangga, lebih banyak kehalusan dan keindahan rekaannya muncul. Struktur-struktur direka untuk mencacatkan seberapa sedikit yang boleh (menjadi seberapa sempurna yang mungkin), mekanismamekanisma telah direka untuk menggerakkan bahagian-bahagian kompenan di dalam cara yang boleh diramal. Mereka memiliki beberapa teknologi yang sejajar".

Dari segi lain pula, tidak terdapat walau satu fosil yang boleh menbuktikan evolusi khayalan lalat. Ini yang dimaksudkan oleh seorang ahli zoologi Perancis, Grasse apabila beliau menyatakan; "Kita berada di dalam kegelapan dalam mencari asal usul lalat".

1 Robin J. Wootton, "The Mechanical Design of
Insect Wings", Scientific American, v. 263,
November 1990, p.120
2 Pierre-P Grass, Evolution of Living
Organisms, New York, Academic Press, 1977,
p.30.

PENIPUAN EVOLUSI - Penyu Tetap Seekor Penyu


Sebagaimana, teori evolusi tidak dapat menjelaskan asas kumpulan benda hidup seperti ikan dan reptilia, begitu juga ia gagal
menjelaskan asal spesies-spesies di dalam kumpulan-kumpulan ini. Sebagai contoh, penyu, sejenis spesies reptilia, telah muncul di dalam rekod fosil secara mendadak lengkap dengan kulitnya yang unik. Mengikut sumber evolusi "... pada pertengahan Zaman Triassic
(sekitar 175,000,000 tahun dahulu), anggota penyu telah pun banyak dan berada
dalam keadaan asas karakter penyu. Rangkaian di antara penyu dan
cotylosaurs yang merupakan asal penyu, adalah hampir tidak ada sama sekali"
" (Encyclopaedia Brittanica, 1971, v.22, p.418)
Tidak terdapat sebarang perbezaan di antara fosil penyu purba dan spesies
penyu yang hidup hari ini. Kesimpulannya, penyu tidak pernah EKOR

19 May, 2009

Bad Experience With CIMB

If you happen to have bad experiences with banks let me share you some of mine.

CIMB Banks.
Internal IT support by EDS.

I'm having a problem with car loan. Issue stated when i sold my car to used car. After a few months, the used card out of business, and according to CIMB that the car is still under my name. WTF....
It seems that what is most important to CIMB is for me to pay my monthly installment as the used car screw-up..
No records that can lead me to the owner of the used car. What i did is to call the "CIMB Customer Service" which I'm so lucky as I do have friend working there. Some information given as according to the CIMB records that the previous used car used to pay my installment at the ATM machine. So no specified person can be track base on the money been debited to the account.
Almost 2 years case been going on, and I was lucky because i fine day this used car person paid my installment using cheque. This information I've received from my friend in CIMB. I took the cheque number and try to track the person who made the payment. All information that I need is there is this is the time where i need to go to the CIMB Finance located in Kajang.

According to the executive at the Banks that they unable to pull-out any information or track the cheque as their IT background been outsourced to EDS. What they suggest is they able to get the CCTV picture from the location where did the cheque bank-in. Which I need to wait for a week.

A week later, I'm back at the CIMB Finance Kajang Branch. No update about this issue, and I'm so mad as they promise it only took a week. This time no more Mr. Nice Guy. I spoke with the Branch Manager which is so stupid and cant communicate with public. Bad English and Bad Bahasa Malaysia. How could this person could be a Branch Manager???? I was at high of my temper but in a professional way of communications so that they could meet my expectation, unfortunately he is not customer oriented so he is so forward that said "Nothing That He Can Do".....

So, no point being a CIMB Customer as they not able to provide good experience. To the Branch Manager – You so Idiot coz you're the public icon...

14 May, 2009

Mat Rempit


MAT REMPIT = Kelompok Penunggang Motosikal yang Menunggang Secara Melulu dan Merbahaya.

Cerita mat rempit nie makin menjadi-jadi. Majoriti mereka nie adalah anak-anak melayu sendiri. Mereka ini merupakan pemimpin masa akan datang negara dan keluarga. Ada kah begini ciri-ciri seorang pemimpin akan datang? Siapa perlu dipersalahkan... Kenapa Menuding jari kepada yang lain? Apakah sumbangan anda untuk menaikkan martabat sesuatu bangsa dan negara?

Tanya soalan ini pada diri sendiri atau mana-mana badan yang boleh mengambil tidakan untuk memanfaatkan sesuatu yang negatif menjadi positif. Ambil peluang ini, sebagai satu dari pada proses pembangunan negara dan insan. Andakah kita ingin mendiami negara yg maju tetapi masyarakatnya daif? Pembangunan insan seharusnya selari dgn permodenan. Makin maju sesuatu bangsa maka nilai insan sepatutnya lebih tinggi, tp kini semuanya sebaliknya.

Mungkin anda pernah terlintas difikiran jika melihat mat rempit dijalan yang songsang. Mungin bagi mereka yang memandu kenderaan empat roda ingin melanggar mereka. Kenapa tak langgar sahaja? Bila ditanya polis; alasanya mudah kerana cemas dan tidak dapat mengawal kenderaan terlanggarlah mat rempit-mat remppit ini. Kurang satu mat rempit dijalanan. Tp adakah ini yang wajar dilakukan.....!!!


LANGKAH-LANGKAH
Nie mungkin benda yang boleh dilakukan oleh kerajaan mahupun badan-badan tertentu dan pihak individu.
1. Menghapuskan jualan motosikal 150cc kebawah kepada mereka berumur 30 tahun kebawah
2. Motor bersisi 150cc - 250cc hanya boleh dibeli dengan cash atau ansuran bulanan selama setahun sahaja.
3. Larangan bermotosikal berkumpulan lebih dari 3buah selepas pukul 8.30 malam.
4. Penyediaan

(Pengeluar-pengeluar motor akan mengalami masalah penjualan - Tp yg
positifnya jika motor berkuasa tinggi lebih banyak dijalan raya
bukankah nmpk lebih bergaya - Perubahan Gaya Hidup)

HUKUMAN (Siapalah aku nak tetapkan hukuman ini....!)
1. Pusat Pemulihan Akhlak diajar dgn ilmu2 agama.
2. Penjara 5 bulan (Sapa nak tanggung kos?)
3. Ibu bapa didenda dan Media mewawarkannya diakhbar mahupun televisyen. (Org melayukan lebih nak jaga airmuka - bayangkan laa dorang kuar TV pasal anak kena tangkap - Malu satu Kampung)

NASIB
Apakah nasib mereka ini kelak?
Dimana kita boleh membantu mereka?
Mengapa kita perlu membantu mereka sedangkan mereka tidak endah dgn nasib mereka?

Bayangkan mereka ini tidak berkelulusan tinggi dalam pekerjaan? Kerja apa mereka nak buat sedangkan kita lihat kini buruh asing telah banyak didlm sektor pekerjaan negara kita. Apakah nasib mereka nnt?

"Zaman aku dulu kecoh dengan BOHJAN. Racing moto mmg ada jgk. Time aku kat Universiti laa aku tgk member2 aku dr serata pelusuk negeri bikin moto semata2 nak test ujong minggu. Aku pun hanyut jugak, maklum laa darah panas masa tue baru umur 20an. Race motor penah, Test Keta pernah.. So bila nak letak "noktah" dlm perkara2 ini? Itu yang aku tanamkan. Alhamdulillah, sekarang nie aku hampir berjaya dlm hidup... Aku bersyukur dengan hidup aku sekarang. Yang sedihnya mereka yg hanyut nie terus hanyut......"

13 May, 2009

Bosan

Hari nie aku mmg tak der mood nak kerja. Malas sesangat and rasa tak best sesangat. Rasa down pun ada jgk. Nak kata badan lesu tak la, tp serious aku mmg tak der mood nak buat kerja nie.. UAT testing dari Australia Team pun aku belom nak buat lagi... Ahhhh.. Im down....

11 May, 2009

"Gadis Tudung Hard Rock"

Tah apa nak jadi nie, mula-mula start ngan dinner kat Hrd Rock pastu Birthday Bash pastu exchange gift pastu open table with ahkohol.... Yang pelik nyer aku tengok sowang gadis remaja dalam lingguan umur 20-an bertudung bersama2 rakan2 lelaki dan wanita yang lain, semua dok happy2 gelak2 jerit2, al-konon nyer memang dorang nie happening gila laa...Yang buat sakit mata memandang ialah dia nie pakai tudung pastu duduk dgn bebudak2 melayu yg lain yg tgh mabok. Minah nie siap tergedik2 diri atas meja, jerit2 gelak2 mcm masuk hantu aku tengok..

Bukan nak ckp apa laa, yg dlm Hard Rock tue pun ada gak bebudak melayu perempuan yg seksi2 dan minum dengan tak agak2. Dorang nie tak leh nak ckp apa laa, memang dah mcm tue terang2. Ada jugak gadis2 lain yg lepak bertudung kat Hard Rock tp tau jaga diri dan tingkah laku. Tak der nyer nak tergedik2 melompat2 atau berdiri atas meja dan kerusi. Kenapa yang terang2 kita buat tak nampak tapi yg cover2 pulak (Bertudung) nak dijadikan issue. Bagi mereka yg seksi2 nie, biasa laa ayat2 mereka:

"Aku tak bertudung,so hina lak aku tgk melayu mcm tue..."
"Nnt aku taubat laa, sekarang muda, enjoy laa dulu puas2..."
"Lantak dorang laa asalkan dorang tak ganggu aku..."
"Kalo nak buat jahat tue buka laa tudung, Nie tidak, isshhh..."

Nie yg pakai tudung nie, pelik laa aku tengok.. Kalo mak bapak dia tengok lak mcm mana? Dimanakah nilai tudung itu? Apa nak jadi ngan remaja2 sekarang nie?
Aku pun tak laa baik sgt tp sedis laa pulak tgk jadi mcm tue... Siapa yang patut kita persalahkan, Keluarga atau diri sendiri, Masyarakat atau Kerajaan?
Apa yang bole kita lakukan tuk membantu saudara-saudara kita ini? Soalkan pada diri kita sendir moga-moga kita menjadi lebih baik suatu hari nanti... Insyallah..

04 May, 2009

Realiti TV



Populariti, Kekayaan?
Adakah ini merupakan cita-cita jenerasi sekarang?
Mengejar kekayaan dengan cara yang mudah?
Memang benar untuk kita berjaya kita hendaklah berusaha.. Tapi adakah dengan memasuki pertandingan itu merupakan salah satu cara untuk berusaha? Kenapa dengan jenerasi sekarang, seakan-akan semua menanam niat untuk memasuki REALITI TV? Adakah ingin mengejar populariti dan kekayaan?
" Bayangkan semua anak-anak muda jenerasi baru menanam niat ke REALITY TV "
Mana cita-cita murni yang dahulu seperti ingin menjadi seorang pendidik, jurutera, doctor, saintis dan lain-lain.

Adakah ini yg dinamakan impian? Mengejar Impian?
Dulu anak-anak kita sering kali berusaha untuk masuk ke Universiti dan kolej2 tempatan didalam mahupun diluar negeri. Kini jenerasi sekarang lebih tergila-gila kan ujibakat-ujibakat Realiti TV. Yang peliknya, ada suara sumbang ada hati nak menyanyi (Biar laa hak masing-masing) - lagi pun mereka berusahakan!!!

Apa yang sedih bagi aku, mereka yg dari golongan yg kurang kemampuan (kaya). Masuk pertanding nak menang. Bila ditanya, ingin membantu keluarga... KENAPA TAK BERUSAHA KE MENARA GADING??? Belajar Tinggi2!!!

Tapi nak buat macam mana, setiap manusia ada pandangan sendiri tentang kejayaan. Yang penting untuk berjaya biarlah mengikut jalan yang betul. Jangan jatuhkan insan lain untuk mengecapai kejayaan sendiri..

07 April, 2009

Place to Stay










This is located at the Medina Apartment, about 10minutes from the office. And from the city it took about 30 minutes drive. Love the weather there coz it's so windy although it is dry and hot. meaning is cold + hot!!!! Guess what we are not allowed to smoke in the room. the houses structure there are very cool, like the design very much. Those are the pictures in the apartment and surrounding look great ayte....

06 April, 2009

Kekeliruan

Kekeliruan.

Adakah saudara saudari peka bahawa perbualan Rasulluallah S.A.W dgn sahabat baginda, seringkali terdapat perkataan-perkataan yang diselit dgn kalimah memuji Allah?
Baru- baru ini aku didatangi oleh 2 orang pemuda dalam ujong 20-an. Mereka dikenalkan oleh sahabatku sendiri. Mungkin mereka adalah golongan pendakwah muda. Tapi aku sendiri tidak pasti. Aku telah meluangkan masa bersama mereka dalam 2 jam tuk memahami isi perjumpaan ini,maklum laa mereka ingin mengimbas sejarah yg kita hampir lupa tentang kegemilangan kerajaan Islam ketika suatu masa dahulu...

Sejam berlalu bercerita tentang sejarah Melayu Melaka dan sejarah hijrah Islam. Kini mereka memula perbualan dengan berlandaskan terjemah al-Quran. Setiap nas2 didalam al-Quran digunakan dlm soal perbincangan kita pada malam itu. Setiap soalan aku dijawab dgn nas2 al-Quran. Aku tidak menolak isi kandungan al-Quran dan itu adalah satu2 nya peninggalan untuk kita semua sebagai khalifah didunia akhir zaman ini. Tetapi ada beberapa perkara yg bermain didlm pemikiranku ini.
Soalan : Bolehkah kita meneruskan perbincangan mlm ini disambung esok?
Jawapan : Boleh
Soalan : Boleh kah aku membawa seorang rakan esok untuk sama2 kita meneruskan perbincangna ini. ( Didalam fikiranku utk membawa adik angkatku yg berusia 22tahun dah merupakan seorang tahfiz dan seorang imam.
Jawapan : Perbincangan ini akan menjadi huru hara jika lebih dari seorang.
Soalan : Bukankah jika diikut dari zaman Rasuluallah majlis syura adalah bagus untuk perbincangan, dan ini merupakan suatu majlis ilmu, maka tidak salah lah untuk kita meramaikan majlis ilmu yg dituntut.
Jawapan : Nanti suasana tidak dapat dikawal dan mereka tidak dpt menumpukan perhatian yg penuh terhadapku.
Soalan : Apakah untuk belajar itu kita perlukan seorg guru. Sebagai insan biasa yg tidak lari dari melakukan kesalahan, bukankah apa bila aku membaca terjemah al-Quran, aku perlukan bimbingan untuk lebih aku memahami erti terjemahan daripada mengandaikan ertinya?
Jawapan : Ada beza antara terjemah dan tafsif. Terjemah adalah direct translation, manakala tafsir adalah bunga2 jalan penceritaan untuk menerangkannya. Mengapa perlu membaca tafsir sedangkan tafsir itu org yg mentafsirkannya, baca sahaja terjemah untuk memahamkannya. Jika begitu tidak adil lah al-Quran diturunkan kerana ia untuk golongan tertentu sahaja.
(Maka mereka pun membuka nas2 didalam al-Quran)
Soalan : Sebelum kita meneruskan perbincangan kita mlm ini, sudah pasti lah saya ingin tahu dengan siapa yg saya berguru,maafkan saya jika saudara terasa, tetapi sebagai individu saya ada hak untuk mengetahui lebih lanjut.

Mulalah mereka menerangkan fasa2 perbincangan ini. Terdiri daripada 4 fasa.
  1. Al-Quran
  2. As- Sunnah
  3. Langkah seterusnya dari individu
  4. Objektif

Saya menjadi keliru kerana objektif diletakkan didalam fasa ke-4. Lalu terus bertanya kenapa objektif difasa ke-4 dan apakah objektif saya disini.
Sekarang mula lah sessi perbincangan yang lebih hangat. Fasa ke-4 adalah bersama tok guru!!!
Menurut mereka saya perlu mendalami Fasa ke-3 dan ke-4 supaya apa yg disampaikan oleh tk guru kelak mudah untuk saya terima. Saya terus bertanya siapakah tok guru yg dimaksudkan. Mereka terus berdalih dan tidak ingin untuk memberitahu saya dan menyuruh saya bersabar sehingga kefasa ke-4.
Bermacam2 persoalan saya tujukan kepada mereka dan mereka hanya menjawab menggunakan nas2 al-Quran seperti mereka memang sudah sedia dengan soalan-soalan ini.
Akhir sekali, mereka tidak ingin juga mendedahkan identiti guru mereka dan berdalih bahawa yg mengajar itu adalah Allah, dan kebijaksanaan itu adalah kurniaan Allah. Mulanya mereka memberitahu bahawa ada tok guru yg mengajar dan sekarang mereka meyakinkan saya bahawa tiada guru yang terlibat dan sesungguhnya Allah itu yg mengajar.

Saya tidak mahu meneruskan perbincangan itu bersama mereka dan meminta diri dengan tidak menyakitkan hati mereka. Wa'allahualam.... Sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah S.W.T dan yg buruk itu datangnya dari saya.... Jika niat mereka adalah murni untuk berdakwah maka Allah akan peliharalah mereka serta merestuinya dan seseungguhnya jika mereka ingin menyesatkan umat Nabi Muhammad nescaya Allah akan membalasnya.