11 May, 2011

Fikir-Fikirkan lah . . .


Di Malaysia,terdapat 4 organisasi orang Melayu yang kita boleh renungkan. Pertamanya, Umno yang lebih terkenal sebagai parti nasionalisMelayu. Parti ini adalah tunjang kepada politik Melayu diMalaysia ketika ini.Tiada apa yang dapat diulas dari organisasi politik Melayu ini,dengan latar belakang pendukungnya yang berbilang fahaman,namun fahaman sekular-moderate lah yang mendominasi parti Melayu ini walaupun ada di antara mereka masih kuat fahaman Islam mereka.

Organisasi kedua ialah Pas.Parti ini menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan mereka.Yang paling dominan ialah bab kenegaraan atau Jinayah.Inilah bahagian yang paling ditekankan dalam perjuangan Pas.Pegangan parti yang majoritinyaMelayu ini ialah "Pemerintahan perlu di Islamkan" yang inilah sumber kemajuan umat Islam.Selagi pemerintahan masih kotor dengan fahaman sekular penjajah,maka pembangunan ummah akan terencat.Ini adalah ideologi yang dipercayai dan menjadi fokus perjuangan Pas.

Organisasi ketiga ialah Al-Arqam. Organisasi ini telah terkubur. Namun kita boleh mengkaji dari satu segi,mereka ini amat berjaya,malah lebih berjaya dari bangsa Cina.Al-Arqam pernah menjadi satu fenomena seluruh umatMelayu diMalaysia.Tidak keterlaluan,imej Al-Arqam adalah salah satu pemangkin yang merubah orang-orang Melayu pada era 80-an dan 90-an lebih mengambil berat kepada agama mereka. Pada tahun 70-an dan 80-an,pemandangan gadis-gadis Melayu yang memakai tudung masih ditahap menyedihkan namun setelah gelombang Al-Arqam ini,nampaknya bukan sahaja tudung semakin popular sehingga ada istilah mini tudung,malah pemandangan wanita berhijab muka juga menjadi pemandangan biasa. Kehadiran mereka sebentar dalam masyarakatMelayu ini ada hikmah sebenarnya.Satu ciri penting Al-Arqam ialah KEMAMPUANNYA MEMBANGUNKAN EKONOMI.
Pegangan Al-Arqam ialah "JIka ekonomi ummat Islam maju,maka seluruh umat Islam maju dan dapat mengamalkan Islam dengan selesa".Inilah yang menjadi steroid kepada ahli-ahli mereka membuat makanan sendiri,berniaga,dan menjadi usahawan.Penangan sistem ekonomi Islam mereka bukanlah calang-calang sehingga industri kicap yang dulu dimonopoli oleh orang Cina telah diambilalih oleh orang Melayu yakni orang Islam. Monopoli industri kicap Cina hancur kerana Al-Arqam. Jika dahulu orang-orang Melayu terpaksa makan nasi berkicapkan kicap Cina namun kini tidak lagi.Ahli-ahli mereka bukan sahaja menghasilkan kicap,malah mee,bihun,tauhu dan kacang soya. Kesungguhan mereka membangkitkan inspirasi kepada orang Melayu yang lain menghasilkan makanan sendiri sehingga taucu yang dulu hanya orang Cina yang mengusahakannya kini,makin pupus dan boleh dikatakan kini orang-orang Melayu membeli taucu-taucu Melayu.Dahulu di kedai-kedai,taucu Cina diisi di dalam balang kaca kecil.Kini taucu-taucu Melayu dalam bentuk paket-paket kecil sudah menjadi pemandangan biasa di kedai-kedai.Ekonomi Al-Arqam semakin besar sehingga mampu membeli pajero,bot,bas dan kereta-kereta mewah yang dahulunya hanya hartawan Cina sahaja mampu memakainya. Sehingga terdapat pepatah yang mengatakan jika ternampak orang Melayu menaiki pajero,tentu dia dari Al-Arqam. Kekayaan Al-Arqam menarik perhatian ramai pihak sehingga ke luar negara,sehingga ada wakil orang Kristian Filipina datang mahu mempelajari sistem ekonomi Islam yang dibangunkan oleh Al-Alqam.Al-Arqam mampu membeli lot-lot kedai untuk kemudahan orang-orang Islam berniaga.Warisan Al-Arqam ini dapat kita lihat dari syarikat Rufaqa.Cuba kaji imej Islam yang kukuh ekonominya di Rawang Country Height.Kesampingkan isu-isu yang kontroversi mengenai mereka,cuba kaji mengapa sistem ekonomi Islam yang di amalkan mereka dapat memberikan kekayaan setara malah lebih dari bangsa Cina yang berkerja siang dan malam mencari emas di Suvarnabhumi ini.

Yang terakhir adalah Jemaah Tabligh.Ini adalah satu organisasi tersembunyi yang jarang diperhatikan oleh orang Melayu.Padahal jemaah ini amat penting dalam hikayat Melayu' seterusnya.Jemaah Tabligh amat menitikberatkan satu sifat Rasulullah s.a.w iaitu 'Tabligh' iaitu 'menyampaikan' dari segi terjemahan bahasa.Mereka ibarat misionari Jesuit dalam Islam. Namun mereka tidaklah kotor dan jahat sebagaimana Jesuit ini. Prinsip 'Amar Makruf NahiMungkar' mereka amat kuat,malah lebih praktikal dari sesetengah ahli Pas yang mendabik dada seolah-olah merekalah lebih Islam dari orang lain. Konsep Tawakal mereka amat teguh dalam menjalankan usaha dakwah atau 'usaha agama' atau 'usaha atas iman'. Walaupun Amerika-Zionis sedikit sebanyak telah berjaya membuatkan imej orang Islam berjanggut adalah pengganas dan menimbulkan Islamophobia di kalangan masyarakat Barat namun jemaah Tabligh seolah-olah bebas keluar masuk di luar negara tanpa masalah.Malah mereka berjaya mengadakan perhimpunan atau ijtima' yang besar tanpa gangguan pihak kerajaan.Dilaporkan bahawa di Israel,gangguan dan diskriminasi ke atas umat Islam di sana adalah pemandangan biasa namun ini tidak terjadi ke atas Jemaah Tabligh Palestin.Masjid-masjid tempat berkumpul 'karkun-karkun' ini tidak diganggu Yahudi malah ada seorang rabbi Yahudi apabila ternampak para karkun ini,melarang askar Israel mengganggu mereka atas sebab-sebab yang aneh.Anda akan tahu mengapa golongan ini mendapat 'perlindungan'istimewa jika anda bersama-sama masuk ke dalam Jemaah Tabligh ini.


Al-Arqam ini adalah lambang ekonomi Islam di mana jika kita berjaya menghayati satu lagi fekah umat Islam yang dipandang sepi iaitu MUAMALAH,kita tidak akan bimbang lagi dengan kemiskinan orang Melayu.Kini orang bukan Islam semakin sedar akan betapa hebatnya sistem ekonomi Islam ini.Industri yang peka terhadap MUAMALAH ini bukanlah calang-calang industri tetapi INDUSTRI PERBANKAN. Jika di tahun 80-an dahulu pernahkah kita mendengar perkataan 'Mudharabah' atau akaun simpanan Islam. Sehingga ada bank bernama Bank Islam. Tidak pula terdapat Bank Buddha kerana Gautama Buddha sendiri tidak pernah mengajarkan sistem ekonomi malah beliau sendiri tidak pernah pun mengajarkan para pengikutnya mempertuhankan dirinya sendiri.Yang diajarnya hanyalah cara-cara mengatasi nafsu sahaja.Tetapi Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja mengajarkan sistem ekonomi malah hal-hal menyangkut segala masalah manusia dari adab memasuki tandas hinggalah bab-bab mengurus sesebuah negara.Al-Arqam berjaya menghayati Al-Arqam berjaya menghayati keajaiban sistem ekonomi Islam,dan 99% mereka adalah ORANG MELAYU! Jika mereka boleh mengapa kita tidak boleh?Mengapa kita tidak memandang keajaiban ekonomi mereka tetapi memandang sisi negatif mereka yang kontroversi sahaja??

No comments: