15 May, 2011

Perilaku . . .

Setiap insan mempunyai perjalanan mereka yag tersendiri. Ada yg bersyukur dan redha dengan ketentuanNya. Malah ada juga yg cuba memperbaiki hidup mereka. Tepapi sebagai manusia kita tidak pernah lari dari sifat tamak yg mahu akan kelebihan dalam diri sendiri. Adakah sifat tamak ini merupakan bisikan setan, janji2 setan untuk menyesatkan manusia dan menjadi rakan karib mereka?

Sifat wasatiah bersederhana dalam kehidupan adalah sifat2 yang dituntun di dalam Islam. Tetapi tidak salah jika kita ada sifat untuk memanjukan diri sendiri dan bangsa mengikutt
ketentuan yang teah di tetapkan oleh Islam. Malangnya apa yang kini menghantui masyarakat melayu kini adalah sifat bersyukur. Ya bersyukur dengan apa yang ada. Sebagai contoh:

  • "Aku bersyukur, Tuhan dah beri rezeki macam nie."
Tanpa berusaha keras, sudah selesa dgn apa yg ada, maka alasan bersyukur seperti diatas digunakan.

  • "Ala tak per, tak der rezeki."
Tanpa berusaha keras, sudah mula mengaku kalah. Memang benar setiap benda yg hidup itu telah ditentukan rezeki masing2, tp tidak berertii setiap kali alasan demikian perlu diucapkan.

  • "Ala takper, lain kali ada."
Tidak ada sifat daya saing yang profesonal dan mudah mengambil kesimpulan bahawa peluang itu akan datang sekali lagi, tanpa merebut peluang yang datang sekali itu.

Sudah pasti anda semua mengetahui diri anda. Sifat muhasabah diri adalah dituntut dan jadilah seorang yg bersyukur dan dedikasi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Sebelom kita mengeluh kita ini buruk, fikirkan tentang seeorang yg berada pada keadaan yg terburuk di dalam hidupnya. Sebelom mengeluh tentang suami atau isteri kita, fikirkan tentang sesorang yg memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman.
Sebelom kita mengeluh tentang hidup, fikirkan tentang seseorang yg meninggal pada usia mudanya. Dan disaat kita memgeluh tentang kerja kita, fikirkan lah pada mereka yg mengganggur dah tidak mempunyai kerja tetap.

Setiap insan mempunyai jalan hidup mereka sendiri, bersyukulah kerana anda masih bernyawa dan mempnyai kudrat untuk membaiki diri anda bangsa dan agama.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

1 comment:

Unknown said...

inilah dikatakan lumrah sebuah kehidupan dan pengalaman yg tak boleh di beli dgn wang ringgit.. belajar dr kesilapan adalah ape yg perlu dan patut di buat oleh setiap individu dan cuba perbaiki kesilapan bukan terus menunding jari atas ape yg jadi dgn terus menerus menyalahkan org lain... duduk diam2, fikir dlm2, tny iman dan muhasabah diri.. cari dimana silapnya.. mungkin ade hikmah disebalik ape yg berlaku dan Tuhan senantiasa menguji hambaNya dan itu beerti kita masih dekat lagi padaNya sehingga Dia masih mahu kite terus ingat padaNya.. panjatkan doa, teruskan istifar dan akhirnya tawakal.. insyaAllah ade jalan keluar pd kekaburan pandangan yg kdgkala menyesatkan... wallahhuwa'lam...