06 May, 2011

Sabarlah Wahai Hati

"Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian bahawa sesungguhnya Allah pada sisiNya itu adalah ganjaran yang besar." - [Surah al-Anfal : 28]

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah 2:155]

Bersabarlah wahai hati... Sesungguhnya aku pasti setiap dugaanNya adalah yg terbaik untuk mahlukNya. Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.


Ya Allah Ya Tuhanku.. Engkau perliharakanlah hatiku, Engkau lindungilah anakku, Engkau limpahkanlah kasih sayang terhadapnya, sesungguhnya aku amat merindui anakku... Ya Allah Maha Pemurah Maha Pengasih dan Maha Pencipta..Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia..Jika nyata bukan dia ditulang rusukku.. Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata..

Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepadaNya. Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk.

No comments: