21 May, 2011

Kisah Alqamah

Terlintas untuk aku berkongsi sebuah kisah terhadap rakan2ku sekalian.
Pernahkan kita terbaca tentang kisah Alqamah? Kisah tentang seseorang yang sukar mengucap kalimah syahadah ketita sakaratulmaut? Kisah seseorang yg telah melebihkan layanan terhadap seorang isteri berbanding untuk ibunya....
Ibu Alqamah telah berkecil hati dengan sikap anaknya yang lebih melebihkan kepada isterinya. Pada mulanya si ibu enggan untuk memaafkan dosa anaknya itu. Ketika Sakaratulmaut dengan keadaan yang sungguh menyeksakan nyawa Alqamah yang sukar dihembuskan, Rasulullah SAW telah menyuruh sahabat2nya untuk mencari dan mengumpulkan kayu api untuk membakar Alqamah. Melihat keadaan itu sungguh tersentak naluri keibuannya lalu berkata si ibu tua itu "Wahai Rasululllah ... Dia anakku dan buah hatiku. Engkau hendak membakarnya dgn api, dan dihadapan mataku? Bagaimana dapat pula ditanggung oleh hatiku ini?"
Kemudian Rasulullah SAW memujuk si ibu tua itu.
"Apakah engkau suka Allah mengampuni dosanya? Jika benar suka, hendaklah engkau redha tentangnya. Demi jiwaku yang ada digenggamanNya, tidak berguna sembahyangnya, puasanya dan sedekahnya selagi engkau murka terhadapnya."

Lantas si ibu tua itu mengangkat tangan kelangit dan berkata, " Aku bersaksi kepadamu ya Allah, RasulNya dan setiap yg hadir pada hari ini, bahawa aku telah redha terhadap anakku Alqamah."

Sebaik sahaja si ibu tua mengampuni anaknya,barulah lidahnya dapat mengucapkan kalimah syahadah dan terus meninggal.

Renungkanlah wahai rakan-rakanku, kita semua pasti mempunyai ibu. Mahupun mereka masih hidup mahupun telah kembali ke Rahmatullah. Janganlah kita sebagai anak mencuaikan hak seorang Ibu. Tidak menghormati dan tidak memuliakannya. Rakanku sesunggunya syurga itu dibawah telapak kaki ibu. Setiap ibu sudah pasti mendoakan kejayaan anak2nya. Tapi pernahkah kita terfikir pengorbanan mereka terhadap kita? Sudahkah kita membalas jasa ibu kita? Lengkapkanlah diri, jatikanlah diri dan laksanakanlah tanggungjawabmu itu....

Ingatlah rakan2ku bahawa salah satu daripada empat ramalan yang dibawa selepas mati adalah DOA ANAK YANG SOLEH TERHADAP IBUBAPANYA.




No comments: