13 May, 2011

Naskah Untukmu Sayang...

Hari ini taggal 13 May bersamaan hari jumaat ada juga yg mengelarkannya Friday The 13th. Looking back at past 9 bulan yang lalu, seorang bayi comel dilahirkan anugerah tidak terhingga dariNya. Ya 13 Ogos 2010 bersamaan dengan hari jumaat juga (Friday the 13th). Ia merupakan saat2 paling bahagia diriku. Kehadiranmu kedunia disambut oleh tanganku. Aku bersyukur dgn kehadiranmu didalam keluargaku dan didalam hatiku. Engkau telah menceriakan hidupku. Alhamdulillah walaupun aku hanya sempat bersamamu selama sebulan setengah aku telah cuba memberikan yang terbaik untukmu. Aku telah membuat majlis akikah dan korban serta naik buai dan cukur jambul. Sungguh singkat masanya dan aku masih bersyukur dgn kehadiranmu.

Maafkan ayah kerana tiada disisimu bersama melihatmu merangkak, meniarap mahupun berjalan. Maafkan ayah kerana ketinggalan jauh dalam mengetahui proses pembesaranmu. Maafkan
ayah kerana tidak bersama dalam tangis dan tawamu. Maafkan ayah kerana tidak dapat memberikan kasih sayang ayah kepadamu. Maafkan ayah kerana tidak kesampaian untuk memberikan yang terbaik untukmu.

Ayah merindui saat2 kita bersama selama sebulan setengah. Setiap kali pulang dari kerja engkau akan tido didadaku. Saat2 manis yg cuma seketika dan pasti akanku simpan selamanya.

Anakku jadilah seorang insan yg berhikmah, menghormati akan orang tua dan dengarlah nasihat mamamu. Jadikanlah dirimu seorang yg teguh berpendirian dan mampu berdiri diatas kaki sendiri dan bersikap terbuka. Sesungguhnya tanggungjawab kami untuk melengkapkan dirimu untuk masa akan datang. Bukan mendidikmu mengikut zaman kami. Anakku seandainya engkau tidak kesempatan mengenaliku, percayalah doaku tidak pernah putus untuk kesejahteraanmu. Andai kata ayahmu sudah tiada,ayah memohon maaf membiarkanmu membesar tanpa mengenali diri ayahmu ini...

Anakku, peliharalah seketul daging didalam hatimu itu sebaik mungkin. Selaputinya dgn iman yang tegar. Itulah pelindung dirimu seandainya ayahmu tiada lagi. Anakku janganlah engkau bersedih, suruhlah hatimu bersabar... Setiap yang berlaku itu adalah kehendakNya.

Maafkan ayah... Walaupun kita dipisahkan, walaupun hati ini cukup merinduimu, Jadilah sebaik2 namamu itu Nur(Cahaya), Adriana (Nisbah/Adil), Batrisya (Cerdik).



















Maafkan ayah, anakku...
Salam penuh rindu dari ayahmu,




2 comments:

Unknown said...

sebaik2 hadiah, adelah anugerah yg Tuhan berikan utk kite corakkan dia menjadi khalifah yg mulia dimuka bumi Allah... Panjatkan doa agar dia terus dilindungi rahmat dariNya... walaupon saat dibacakan talkin nanti dia ttp berbintikan ibunya, namun darah yg mengalir di tubuhnya masih lagi bercampuran dgn darah ayahnya... jadi xkan terputus ikatan tersebut selagi nyawa dikandung bdn... mlh di alam lain juga, dia msh lagi akan bertatih di titian mustakim bersama2 ayahnya.. jgn la kau bersedih kwn, krn aku yakin disetiap hembusan nafasnya itu, dia amat merindui kau juga... cuma kite xtau ape yg sebenarnya dia mahu disebalik kaca2 matanya... subhanallah...

amal said...

adeh.. pakcik ayek buat saya sedih. tabahkan hati!