30 May, 2011

Kemaafan

Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”(HR Abu Daud)

Memaafkan boleh membuatkan seseorang itu lebih lega. Nasihat dari seorang sahabat bahawa jika perasaan marah itu telah lama dipendam dan ia pasti akan memakan diri sendiri. Untuk mengelakkannya terjadi, aku haruslah memaafkan demi untuk aku memulakan perjalanan hidupku yang baru. Aku berterima kasih terhadap sahabatku kerana bersikap positif terhadapku dan memberikan nasihat yg amat mendalam ertinya kepadaku. Kemarahan terhadap seseorang boleh menimbulkan emosi negatif dalam diri Sendiri dan merosakkan keseimbangan emosi bahkan kesehatan jasmani kita.

Nasihat ini masih bermain-main didalam mindaku ini. Ia bukan sahaja nasihat dari seorang sahabat malah ia merupakan kata-kata pembakar diri untuk aku. Aku perlu memaafkan seandainya aku memerlukan ketenangan jiwa agar aku dapat memulakan dan meneruskan kehidupanku. Aku tidak mahu hanyut dalam kebencian dan tenggelam dalam kedendaman, sehingga waktu aku tamat. Aku perlulah muasabah diri dan berusaha memaafkan sedaya upaya untuk menjauhi sifat2 mazmumah seperti berdendam dan sebagainya dan mengeratkan silaturrahim kerana ia juga merupakan tanda seseorang itu beriman dengan sebenar-benarnya...sama-samalah kita muhasabah..Menilai semula diri kita untuk perbaiki kepada yang lebih baik...Insyallah.


Terima Kasih wahai sahabat, semoga Allah membalas jasa baikmu..



No comments: