07 May, 2011

Re- Structure of Life

Bukan sahaja syarikat2 mengalami re-stucture of management malahan kini dirku sendiri sedang melalui proses tersebut. Alhmadulillah ini sebahagian hikmah dariNya untuk aku mengingatiNya dan kembali kepadaNya. Malah aku sepatutnya mempersiapkan diriku utuk kembali kepadaNya selamanya. Kini Re-Structure ku memerlukan asas yakni jika kita ingin membina bangun yg kukuh berdiri megah, lihat pada asasnya dulu. Pendek kata asas yg aku maksudkan dr sektor pembinaan bangunan adalah pasir, air dan simen. Jika asas nyer berkualiti dan kuat, maka bangunan yg dibina itu pasti akan berdiri megah dgn izinNya.

Aku sedang merancang, hanya untukmu.. Kau seumpama ispirasiku walaupun kita telah dipisahkan, mungkin engkau tidak kesempatan mengenaliku., bersabarlah... Kini aku merindui setiap saat mengenalimu..

Sesungguhnya apa yg aku rancangkan hanya dgn izinMU, sesungguhnya Engkau lah maha perancang. Aku bersyukur skarang langkah yg aku susun untuk menjalani sisa2 hidupku ini makin bersinar. Untuk melegkapkan nyer aku semestinya memperkukuhkan lagi asas diriku dan memperbetulkan apa yang kurang dalam hidupku hanya untukMu. Aku kenalah bertawakal dgn setiap langkah dan keputusan yg aku ambil. Ya.. asas seorang muslim itu adalah rukun islam dan rukun Iman. Aku akan perkukuhkannyer lagi .

Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku redha dgn dugaanMu, engkau permudahkan lah segala urusanku dalam aku mengejar apa yg selama ini aku impikan. Engkau pertemukan lah aku dgn org2 yang memudahkan kerjaku dan mereka2 yang benar disisiMU.Ya Allah tuhan yg maha pengampun dan maha pengasih, Engkau perkenankanlah doa seorang ayah yg merindui anaknya. Hanya Engkau tempat mengadu dan hanya Engkau yg memahami isi hati setiap hambaMU..

No comments: